in

Alat Bantuan Mengajar Guru: Insentif RM 100 Buat Guru Mac Ini

insentif rm100 alat bantuan mengajar

Alat Bantuan Mengajar Guru: Insentif RM 100 Buat Guru Mac Ini

Dalam pembentangan bajet 2022 lepas kerajaan telah menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak RM100 kepada lebih 400,000 guru sekolah KPM.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ini kerana guru memainkan peranan dalam memastikan setiap anak murid tidak tercicir daripada mendapat pendidikan formal terutama sewaktu pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Dalam perkembangan terkini, Pembayaran Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar Secara Sekali Bayar (One-Off) akan dibuat kepada guru sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Mac ini.

Perkara itu dimaklumkan melalui satu surat rasmi oleh Ketua Setiausaha KPM.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang pembayaran Insentif Alat Bantuan Mengajar 2022.

Syarat Untuk Dapatkan Alat Bantuan Mengajar

Bayaran layak diberikan kepada pegawai yang melaksanakan PdPR dalam tahun 2021 seperti berikut:

1) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG54 ke bawah, guru interim dan guru lantikan kontrak (CoS) yang mengajar di Institusi Pendidikan KPM seperti berikut:

  • Prasekolah (termasuk Pusat Anak Genius Negara dan Pusat Genius Kurnia),
  • Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
  • Kolej Vokasional
  • Kolej Tingkatan 6
  • Kolej Matrikulasi
  • Institut Pendidikan Guru

2) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG54 ke bawah yang mengajar di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bawah KPM

3) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG54 ke bawah, guru interim dan guru lantikan kontrak (CoS) yang mengajra di Maktab Tentera DiRaja, Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney.

Siapa Yang Tidak Layak?

  1. Lantikan MyStep
  2. Guru SABK lantikan Kerajaan Negeri
  3. Guru lantikan pada atau selepas 1 Januari 2022
  4. Guru yang bercuti bergaji penuh sepanjang tahun 2021
  5. Guru yang bercuti separuh gaji sepanjang tahun 2021
  6. Guru yang bercuti tanpa gaji sepanjang tahun 2021
  7. Guru yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib.

**Guru yang tidak mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap selain atas sebab kesihatan TIDAK LAYAK menerima Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar Secara Sekali Bayar ini.

Tarikh Bayaran Alat Bantuan Mengajar

Bayaran akan dibuat pada Mac 2022 ini di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran.

insentif rm100 alat bantuan mengajar

insentif rm100 alat bantuan mengajar

insentif rm100 alat bantuan mengajar

Maklumat Lanjut: https://budget.mof.gov.my/ms/

Baca Juga :

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia >>>> (https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DUIT KHAS KWSP 10K

DUIT KHAS KWSP 10K DILULUSKAN: CARA BUAT SEMAKAN,PERMOHONAN DAN JADUAL PEMBAYARAN