APPLY MYBKM :PERMOHONAN BARU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 ONLINE
[SYARAT KELAYAKAN PEROLEH BANTUAN KELUARGA MALAYSIA BKM]
Perkara | Isi Rumah | Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan | Bujang |
---|---|---|---|
Status Perkahwinan | Kahwin | Bujang | Bujang |
Status Perkahwinan | Ibu Bapa Tunggal yang mempunyai anak yang menepati syarat | Ibu Bapa Tunggal yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat | Ibu Bapa Tunggal yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat |
Pendapatan | RM5,000 dan ke bawah | RM5,000 dan ke bawah | RM2,500 dan ke bawah |
Kelayakan Umur | Tiada had umur | 60 tahun dan ke atas | 21-59 tahun |
SYARAT KELAYAKAN PEROLEH BANTUAN KELUARGA MALAYSIA BKM
[JUMLAH BAYARAN DITERIMA]
Kategori Bantuan | Pendapatan | Bilangan Anak = 0/ Nilai Bantuan | Bilangan Anak = 1 hingga 2 / Nilai Bantuan | Bilangan Anak = lebih atau sama dengan 3 / Nilai Bantuan |
---|---|---|---|---|
Isi Rumah | RM2,500 dan ke bawah | RM1,000 | RM1,500 | RM2,000 |
Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | RM400 | RM600 | RM800 |
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan | RM5,000 dan ke bawah | RM600 | tiada | tiada |
Bujang | RM2,500 dan ke bawah | RM350 | tiada | tiada |
BACA JUGA: REGISTER MYBKM :DAFTAR BARU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 ONLINE
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
APPLY MYBKM :PERMOHONAN BARU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 ONLINE
- Sila layari laman web rasmi BKM = https://bkm.hasil.gov.my/
- Klik Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu atau klik Log Masuk
BKM bagi melakukan Kemaskini Permohonan – Masukkan No.MyKad serta kata
laluan yang telah didaftarkan.

- Setelah Berjaya Log Masuk, paparan menu Kemaskini Permohonan akan dipaparkan.

- Seterusnya masukkan No. MyKad pemohon diruangan No. MyKad dan klik butang Semak. Kemudian lengkapkan kesemua maklumat pemohon yang bertanda (*) – mandatori

- Kemudian klik butang Teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap

- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha
- dibahagian captcha anda hanya perlu memasukkan abjad dan nombor yang tertera pada gambar captcha tersebut (setiap orang akan mendapat gambar captcha yang berbeza, sila rujuk gambar captcha anda dan bukannya contoh gambar dibawah)

- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick butang Perakuan Pemohon berkenaan

- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan

- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan

Adakah semua pemohon BKM perlu mendaftar semula MyBKM?
Pendaftaran MyBKM perlu dibuat sekiranya anda membuat permohonan baru BKM 2022 dan tidak pernah mendaftar sebelum ini.
Sekiranya anda adalah penerima BPR 2021 atau BKC dan telah mendaftar sebelum ini, ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan sebelum ini boleh digunakan untuk Log Masuk MyBKM.
Ikuti langkah-langkah berikut untuk permohonan baharu :
PENDAFTARAN BARU MyBKM
Bagaimana cara untuk log masuk MyBKM?
Untuk log masuk kali pertama MyBKM, anda perlu mendaftar MyBKM terlebih dahulu seperti berikut:
- Klik Menu MyBKM
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Maklumat Keselamatan.Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul
- Soalan Keselamatan adalah berdasarkan Permohonan BKM 2022
- Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul
- Jika akaun telah disekat kerana salah menjawab soalan Rujuk Jawapan bagi Soalan 8
- Pendaftaran MyBKM (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)
- Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati
- Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan
- Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBKM
- Jawab 5 Soalan yang disediakan
- Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
- Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan
- Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan sekiranya betul, klik butang Teruskan
- Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar
- Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol
- Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati
- Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBKM
- Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu MyBKM”. Anda boleh Log Masuk MyBKM.
- Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati
Bagaimana cara untuk log masuk MyBKM setelah saya berjaya membuat pendaftaran MyBKM?
Sekiranya anda telah berjaya membuat pendaftaran MyBKM, Log Masuk MyBKM adalah seperti berikut:
- Klik MyBKM
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Klik Butang Semak
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
- Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Klik Log Masuk
Anda juga boleh download Panduan Daftar Dan Kemaskini BKM di sini:
X boleh log