in

ASB DIVIDEN :CARA SEMAK BAKI ATAU DIVIDEN ONLINE ASB 2021/2022

ASB DIVIDEN :CARA SEMAK BAKI ATAU DIVIDEN ONLINE ASB 2021/2022

ASB DIVIDEN :CARA SEMAK BAKI ATAU DIVIDEN ONLINE ASB 2021/2022

[CARA DAFTAR DI APLIKASI MYASNB]

  • Sila muat turun aplikasi MyAsnb di Google Play Store
  • Nota: Pemegang unit adalah diingatkan untuk mengemaskini maklumat peribadi mereka seperti nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan alamat surat-menyurat melalui mana-mana cawangan ASNB atau ejen sah ASNB sebelum mendaftar dengan Portal myASNB.
  1. Klik ‘Daftar di sini’.
  2. Baca notis pemberitahuan dan klik ‘Teruskan
  3. Sila baca dan fahamkan Terma dan Syarat (T&C). Tandakan kotak untuk menerima T&C dan klik ‘Setuju
  4. Ikuti langkah-langkah berikut untuk pendaftaran Portal myASNB
    a. Langkah 1 – Isikan butir-butir akaun ASNB anda seperti yang tertera di skrin. Klik ‘Seterusnya’ untuk meneruskan.
    b. Langkah 2 – Sahkan nombor telefon bimbit anda adalah berpadanan dengan nombor yang didaftarkan dengan ASNB dan kemudian klik ‘Request TAC’. Masukkan kod TAC seperti yang diterima melalui SMS dan klik ‘Seterusnya’.
    Nota:
    i. Jika anda tidak menerima TAC, sila klik ‘Hantar semula TAC’ selepas memastikan 4 digit terakhir nombor telefon yang dipaparkan adalah seperti yang didaftarkan.
    ii. Sekiranya nombor telefon tidak dipaparkan atau tidak berpadanan, sila batalkan pendaftaran dan rujuk kepada cawangan ASNB terdekat.
    c. Langkah 3 – mencipta akaun portal myASNB
    i. Tentukan ‘Username’ atau ID Pengguna anda
    ii. Masukkan Frasa Selamat
    iii. Pilih TIGA soalan keselamatan dan masukkan jawapan yang berkenaan
    iv. Klik ‘Tamat’ untuk melengkapkan pendaftaran
  5. Setelah pendaftaran berjaya, anda akan diberikan kata laluan sementara untuk log masuk kali pertama.
    a. Jika nombor telefon bimbit anda telah disahkan semasa melengkapkan pendaftaran portal, kata laluan sementara anda akan dihantar melalui SMS.
    b. E-mel pengesahan akan dihantar ke alamat e-mel berdaftar anda. Sila sahkan email melalui pautan ‘Verify Email’ yang dihantar.
  6. Setelah pendaftaran selesai, anda dikehendaki membuat Log Masuk Kali Pertama dengan menggunakan kata laluan sementara.

BACA JUGA: CARA DAFTAR MYBAYAR SAMAN :PANDUAN LENGKAP SEMAK ATAU CEK DAN BAYAR SAMAN ONLINE 2022

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

ASB DIVIDEN :CARA SEMAK BAKI ATAU DIVIDEN ONLINE ASB 2021/2022

[CARA CHECK DIVIDEN ASB ONLINE]

  1. Sila Log Masuk ke MyAsnb
  2. Sila pergi ke bahagian Dana Saya
  3. Jumlah pelaburan anda dipaparkan di bahagian Dana Saya. sila klik di bawah Dana Saya iaitu Nama Dana jika ASB sila tekan Nama Dana Amanah Saham Berhad.
  4. klik pada Sejarah Transaksi Anda boleh lihat jumlah dividen ASB 2021/2022 yang anda masukkan ke dalam akaun ASB anda disini.

[MAKLUMAT LANJUT]

Sebarang kekeliruan sila layari laman web rasmi Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) = https://www.asnb.com.my/asnbv2_0index.php

atau anda ke mana – mana cawangan ASB berdekatan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *