in

BAGAIMANA VAKSIN COVID 19 BERFUNGSI (BAGAIMANA VAKSIN COVID-19 DIHASILKAN)

BAGAIMANA VAKSIN COVID 19 BERFUNGSI (BAGAIMANA VAKSIN DIHASILKAN)

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berjalan denganlancar,selamat, teratur dan berkesan dalam usaha membendung serta menamatkan pandemik COVID-19 di Malaysia. Pendekatan menyeluruh Kerajaan dan masyarakat atau Whole-of-Government and Whole-of-Society Approaches telah diguna pakai, yang mana melibatkan pelbagai Kementerian dan Agensi Kerajaan, Kerajaan Negeri, Badan Bukan Kerajaan (NGO), swasta dan anggota masyarakat bagi memastikan program ini mencapai matlamat yang disasarkan.

Vaksin merupakan salah satu kaedah untuk kita mengawal pandemik ini dan ia antara cara yang terbaik untuk melindungi masyarakat daripada COVID-19. Sejak kemunculan COVID-19, pelbagai usaha telah dijalankan di seluruh dunia untuk membangunkan vaksin COVID-19.

APA ITU VAKSIN COVID-19?

Vaksin COVID-19 merangsang sistem imun supaya jika kita terdedah kepada koronavirus SARS-CoV-2 (severe acute respiratory syndrome coronavirus 2), badan kita boleh bertindak balas terhadap jangkitan COVID-19. Pelbagai platform seperti jujukan genetik RNA, viral vektor, virus nyahaktif dan sub-unit protein telah digunakan untuk menyediakan vaksin koronavirus yang selamat dan berkesan. Ia memberikan anda perlindungan terbaik terhadap COVID-19.

BAGAIMANA VAKSIN COVID-19 DIHASILKAN DENGAN CEPAT?

Usaha pembangunan vaksin dimulakan secara intensif sejurus selepas kod genetik virus dikongsikan oleh penyelidik dari China pada Januari 2020.Pertama kali dalam sejarah dunia, pembangunan vaksin dapat dipercepatkan menerusi pelaburan besar-besaran di peringkat global oleh pelbagai pihak sama ada menerusi negara, badan dunia, syarikat farmaseutikal serta individu.Kepesatan pembangunan vaksin ini juga adalah hasil daripada kajian-kajian terdahulu
mengenai patogen-patogen yang pernah mencetuskan pandemik, epidemik dan endemik seperti Virus Nipah,Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) dan Middle East Respiratory Syndrome
(MERS).

APAKAH FATWA VAKSIN COVID-19?

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam memutuskan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus. Penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak malah hukum penggunaannya telah bermula sejak tahun 1988 lagi. Selain Malaysia, institusi fatwa dunia lain turut memfatwakan keharusan penggunaan vaksin,antaranya adalah institusi terkemuka al-Azhar al-Sharif,Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu, dan Majma’ Fuqaha’ al-Shari’ah Amerika Syarikat.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

BAGAIMANA VAKSIN COVID 19 BERFUNGSI?

BAGAIMANA VAKSIN COVID 19 BERFUNGSI

BAGAIMANA VAKSIN COVID 19 BERFUNGSI

BAGAIMANA VAKSIN COVID-19 DIHASILKAN?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organisation (WHO), terdapat beberapa langkah penting yang perlu diambil untuk memastikan suatu vaksin baru itu selamat dan boleh berfungsi dengan baik. Langkah-langkah yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

  • Kajian Pra-Klinikal
    Untuk keberkesanan dan keselamatan, vaksin diuji dalam beberapa kajian terhadap haiwan (animal studies) dan juga kajian cabaran (challenge studies).
  • Fasa I: Ujian Klinikal
    Sekumpulan kecil sukarelawan dewasa yang sihat menerima vaksin untuk menguji keselamatan vaksin.
  • Fasa II: Ujian Klinikal
    Vaksin diberikan kepada orang yang mempunyai ciri-ciri (seperti usia dan kesihatan fizikal) yang serupa dengan golongan individu yang menjadi sasaran utama untuk menerima manfaat ciptaan vaksin.
  • Fasa III: Ujian Klinikal
    Vaksin diberikan kepada ribuan orang dan diuji keberkesanan dan keselamatannya dengan lebih tepat.
  • Fasa IV: Pengawasan Pasca Pemasaran
    Kajian berterusan setelah vaksin diluluskan dan dilesenkan, untuk memantau kesan sampingan dan mengkaji kesan jangka panjang vaksin pada populasi masyarakat.

Kajian Cabaran Terhadap Manusia (Human Challenge Studies)
Kajian dimana vaksin diberikan bersama patogen penyakit. Ujian seperti ini tidak menjadi kebiasaan praktikal kerana banyak cabaran etika yang perlu ditempuh.

KESAN SAMPINGAN VAKSIN COVID-19

KESAN sampingan yang dialami mereka yang telah mendapat suntikan vaksin Covid-19 lebih ketara bagi individu yang mempunyai sistem imun lebih kuat seperti orang muda dan wanita.

Kesan sampingan yang biasa dialami termasuk sengal-sengal pada tangan, demam, pening dan keletihan.
Namun, ini tidak bermakna vaksin Covid-19 kurang berkesan pada mereka yang tidak mengalami kesan sampingan tersebut, menurut para pakar.

“Kesan sampingan yang sering dialami seperti sakit lengan, sengal-sengal pada otot, demam, pening kepala dan keletihan adalah hasil kereaktifan (reactogenicity) – manifestasi fizikal sistem imun kita yang bertindak balas terhadap vaksinasi tersebut,” kata Penolong Profesor Hsu Li Yang, naib dekan kesihatan global di Sekolah Kesihatan Awam Universiti Nasional Singapura (NUS) Saw Swee Hock.

“Tiada kaitan secara langsung antara ketiadaan atau kehadiran kesan sampingan reaktifogenik dengan keberkesanan vaksin.
“Jadi, mereka yang tidak mempunyai kesan sampingan juga berkemungkinan akan dilindungi oleh vaksin itu,” jelas beliau.

Sementara itu, pakar penyakit berjangkit di Hospital Gleneagles, Dr Ling Li Min, berkata:

“Kesan sampingan seperti demam dan sengal-sengal adalah tanda baik bahawa tindak balas imun kita berfungsi.”

Pun begitu, beliau menambah bahawa keberkesanan vaksin pada orang tua belum dapat dikaji dengan baik setakat ini.

Secara teori, ini bermakna vaksin kurang berkesan pada orang yang lebih tua kerana kekurangan sel T yang ada dalam tubuh mereka untuk bertindak balas terhadap vaksin.

Sel T merupakan sejenis sel darah putih yang bekerjasama dengan antibodi untuk menghapuskan virus Sars-CoV-2 yang menyebabkan Covid-19, lapor The Straits Times.

Ini tidak bermakna warga tua tidak patut mendapatkan vaksin, malah sebaliknya.

“Disebabkan sistem imun mereka yang semakin menua, (warga tua) mempunyai kemungkinan lebih tinggi mengalami simptom teruk, dimasukkan ke unit jagaan rapi atau mati jika dijangkiti,” ujar Dr Ling.

Beliau menambah bahawa kajian di Britain menunjukkan bahawa bagi mereka yang berusia 80 tahun ke atas, vaksin Pfizer mempunyai kadar keberkesanan sebanyak 86 peratus dalam mencegah jangkitan simptomatik Covid-19 lebih 14 hari setelah dos kedua.

Dalam percubaan Pfizer, mereka yang berusia antara 18 dengan 55 tahun melaporkan mengalami kesan sampingan seperti demam, keletihan, sakit kepala dan sakit di bekas tempat suntikan lebih kerap berbanding mereka yang berusia 56 tahun ke atas.

Vaksin Moderna juga menunjukkan trend serupa dengan mereka berusia 18 hingga 64 tahun melaporkan kesan sampingan lebih kerap berbanding mereka yang berusia 65 tahun ke atas.

Dalam kedua-dua percubaan itu, kesan sampingan lebih kerap dilaporkan setelah suntikan kedua.

Sementara itu, di Singapura, para doktor berkata mereka merawat segelintir pesakit setiap minggu yang mengalami reaksi vaksin, sambil berkata orang muda lebih cenderung mengalami kesan sampingan yang lebih ketara.

Doktor keluarga di Mission Medical Clinic, Dr Leong Choon Kit, berkata, beliau berjumpa sekitar satu pesakit setiap hari bagi reaksi vaksin, kebanyakan daripada mereka merupakan pendidik yang berusia antara 20-an dengan 30-an tahun.

Jarang sekali beliau berjumpa warga emas yang mengalami kesan serupa.

Dr John Cheng, ketua rawatan utama dan doktor keluarga di Healthway Medical Group, berkata beliau perhatikan trend serupa bagi pesakit yang berjumpa dengannya dan pekerja Healthway yang telah divaksinasi yang lebih muda.

Namun, beliau menambah, faktor lain seperti keadaan kesihatan sedia ada juga boleh mempengaruhi tindak balas seseorang terhadap vaksin tersebut

BAGAIMANA VAKSIN COVID 19 BERFUNGSI

Terkini ramai yang mendapat kesedaran betapa pentingnya pengambilan vaksin covid-19.Usaha ini sebagai ikhtiar kita sebagai umat islam,yang menyembuh kita serahkan kepada Yang Esa.Untuk mengetahui lebih terperinci tentang vaksin covid-19 sila layari https://www.vaksincovid.gov.my/.

BACA JUGA DISINI : VAKSIN COVID UNTUK IBU MENGANDUNG DI KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK (KKIA) TANPA TEMUJANJI MYSEJAHTERA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA DAFTAR IBAYAQ KEDAH

CARA DAFTAR IBAYAQ KEDAH (SISTEM BAYARAN SECARA ONLINE)

CARA TUKAR KAD ATM ROSAK ONLINE

CARA TUKAR KAD ATM ROSAK ONLINE (TUKAR KAD ATM MAYBANK,CIMB,BANK RAKYAT,HONG LEONG,PUBLIC BANK, DAN AFFIN BANK)