in , , , ,

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM150 2023 : CARA MOHON & SYARAT BAP UNTUK SEMUA MURID

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM150

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM150 2023 : CARA MOHON & SYARAT BAP UNTUK SEMUA MURID

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah merupakan inisiatif berbentuk bantuan tunai kepada semua murid. Program bantuan ini adalah untuk meringankan beban kewangan ibu bapa/penjaga dalam persediaan awal persekolahan.

Baca juga : BANTUAN KANAK-KANAK RM1000 : SYARAT / PERMOHONAN BKK 2023

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN BAP

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2023

Program Bantuan ini telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun sebelum ini. Untuk makluman, pada tahun sebelum bantuan ini diberikan khas kepada golongan keluarga yang berpendapatan RM 3,000 kebawah.

Namun bagi BAP yang terbaru, tiada had pendapatan ibubapa. Semua murid akan menerima bantuan awal persekolahan RM150 ini secara sekali bayar sahaja. Program bantuan ini juga telah melibatkan dana peruntukkan bantuan sebanyak RM 826 juta.

OBJEKTIF BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Untuk sedia maklum, bantuan ini telah ditambahbaik pada kadar sebelum ini RM 100 seorang kepada RM 150 seorang bagi setiap murid. Kadar bantuan awal persekolahan ini dinaikkan atas sebab peredaran masa dan bagi meringankan pembelanjaan keluarga yang mempunyai anak yang masih bersekolah.

Dengan adanya penambahan kadar bayaran bantuan ini, setiap murid yang berkelayakan akan terima bantuan RM 150. Sekiranya satu keluarga mempunyai anak seramai 2 orang bermakna akan mendapatkan RM 300.

JADUAL PEMBAYARAN

Untuk makluman, pembayaran bantuan khas ini akan disalurkan pada bulan Januari setiap tahun.

  • Bantuan Awal Persekolahan diagihkan mulai 17 Januari 2022 kepada murid yang memasuki Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi Penggal 1, Kohort 2022/2023
  • Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:
    • Tunai; atau
    • Disalurkan terus ke akaun bank murid

Bagi semakan lebih terperinci berkenaan BAP ini, anda boleh rujuk di laman rasmi – DI SINI

SYARAT BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

  • Kriteria kelayakan penerima Bantuan Awal Persekolahan adalah:
    • Murid-murid yang bersekolah di sekolah-sekolah berikut:
      • Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan;
      • Sekolah Agama dan Sekolah Swasta Persendirian;
      • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih; dan
      • Sekolah Integriti & Sekolah Henry Gurney

CARA MOHON BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

MOHON BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

  1. Ibu bapa/ penjaga kepada murid yang layak menerima Bantuan Awal Persekolahan bagi tahun persekolahan Kohort 2022/2023 perlu melengkapkan borang-borang berikut:
    • Borang PB1- Permohonan Bantuan jika ibu bapa/ penjaga mempunyai slip gaji; dan
    • Borang PB2- Borang Pengesahan Pendapatan jika ibu bapa/ penjaga tiada penyata pendapatan/slip gaji
  2. Pengesahan borang dan dokumen sokongan dibuat oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (P&P), Penghulu, Ketua Kampung, Ketua Masyarakat setempat atau yang setaraf dengannya

UNTUK RUJUKAN

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bantuan awal persekolahan dan jika ada sebarang pertanyaan, boleh rujuk di laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di link bawah ini:

https://www.moe.gov.my/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KOLEKSI SOALAN UPKK

KOLEKSI SOALAN UPKK 2022 : CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN ONLINE TERKINI

SENARAI PENUH KABINET KERAJAAN PERPADUAN

SENARAI PENUH KABINET KERAJAAN PERPADUAN : KABINET MALAYSIA TERKINI