in , ,

BANTUAN BANJIR MAYBANK :MENGIKUT BEBERAPA KAEDAH

BANTUAN BANJIR MAYBANK :MENGIKUT BEBERAPA KAEDAH

BANTUAN BANJIR MAYBANK :MENGIKUT BEBERAPA KAEDAH

Maybank menawarkan Bantuan Sokongan Banjir kepada individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pelanggan bukan runcit lain yang terjejas berikutan kejadian banjir akibat hujan lebat sejak beberapa hari yang lalu. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelanggan kami yang terjejas akibat banjir tersebut.

Bantuan Sokongan Banjir direka bentuk untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh mangsa banjir dan akan merangkumi penangguhan pembayaran pembiayaan/pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik.

Selain itu, kami menawarkan pengecualian yuran dan caj untuk perkhidmatan terpilih, seperti penggantian kad debit, kad ATM atau buku cek yang hilang atau rosak semasa banjir.Maybank juga akan memberikan pengecualian caj lewat bagi kad kredit pelanggan yang terjejas.

BACA JUGA: ZAKAT PENDAPATAN – CARA KIRA DAN BAYAR ONLINE

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

BANTUAN BANJIR MAYBANK :MENGIKUT BEBERAPA KAEDAH

Pelanggan boleh memohon Bantuan Banjir melalui dua saluran mudah, seperti berikut:

I. E-mel ke [email protected] dengan menyediakan nama atau nama syarikat, nombor kad pengenalan/Pendaftaran Perniagaan, nombor telefon, alamat lokasi yang terjejas, jenis pinjaman/produk (contohnya: Gadai Janji, Sewa Beli, Pembiayaan Pinjaman Bertempoh) serta Nombor kenderaan (untuk Sewa Beli).

II. Lawati atau hubungi mana-mana cawangan Maybank, Pusat PKS, Pusat Perbankan Perniagaan atau Pusat Kewangan Auto (yang berkaitan) di seluruh negara.

 

Semua permohonan akan dinilai berdasarkan kes demi kes.

Sementara itu, cabang insurans pihak Maybank, Etiqa juga telah menyediakan proses tuntutan yang cepat dan mudah untuk pemegang polisi insurans dan pemegang sijil takaful, tanpa borang atau dokumen sokongan. Untuk mengemukakan tuntutan, pemegang polisi atau pemegang sijil masing-masing boleh:

I. Hantar mesej teks, gambar atau video banjir ke nombor Whatsapp 24 jam Maybank:

[ Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, dan Perlis ] = 011-1630 6646

[ Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak ] =

018-226 3288

atau

II. Hubungi Talian Penjagaan Tuntutan Banjir Maybank:

[ Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, dan Perlis ] = 03-2692 8188
[ Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak ] =

03-4270 7735 /
03-4270 5068

Nota: Tuntutan yang dibuat di lokasi/cawangan untuk jumlah kurang daripada RM20,000 akan diluluskan serta-merta.

[MAKLUMAT LANJUT]

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Sokongan Banjir, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan Maybank di 1-300-88-6688 atau [email protected]

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ZAKAT PENDAPATAN - CARA KIRA DAN BAYAR ONLINE

ZAKAT PENDAPATAN – CARA KIRA DAN BAYAR ONLINE

KERETA BANJIR APA PERLU BUAT :CARA CLAIM INSURAN BENCANA

KERETA BANJIR APA PERLU BUAT :CARA CLAIM INSURAN BENCANA