in

BANTUAN BKP 2021(PERMOHONAN BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN 2021)

BANTUAN BKP 2021 (PERMOHONAN BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN 2021)

Melalui pakej PEMULIH, individu yang kehilangan pendapatan akan mendapat Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Dengan bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan beban untuk meneruskan kelangsungan hidup. Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP), di mana kesemua bantuan ini melibatkan peruntukan sejumlah RM17.1 bilion sehingga hujung tahun, demi memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia, terutamanya golongan yang mudah terjejas.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) untuk makluman bersama.

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) RM500 Bermula Oktober 2021

Kerajaan memberi sebanyak RM500 kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021.

Ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak 500 juta ringgit pula dijangka disalurkan kepada penerima yang layak pada bulan Oktober kelak.

Bantuan ini adalah sebahagian daripada Pakej PEMULIH atau nama penuhnya Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi merupakan strategi kerajaan untuk melonjakkan kembali ekonomi negara.

BANTUAN BKP 2021

Kadar Bantuan BKP 

Bantuan ini diperkenalkan bagi membantu mereka yang kehilangan pendapatan, dengan bayaran sebanyak RM500 secara ‘one-off’.

Cara Permohonan & Semakan BKP

Tiada permohonan dibuka untuk bantuan ini.

Kelulusan BKP ini berdasarkan data penerima yang akan disemak oleh KWSP atau PERKESO untuk memastikan setiap individu yang layak diberikan bantuan.

Baca Juga Di Sini : TARIKH BAYARAN i-Citra KWSP BULAN OKTOBER 2021 (CHECK STATUS BAYARAN i-Citra BULAN OKTOBER)

Tarikh Bantuan BKP Dibayar

Bantuan berjumlah RM500 dijangka akan disalurkan pada bulan Oktober 2021.

Tarikh rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat melalui Menteri Kewangan.

Maklumat Lanjut

Tanpa mengira latar belakang anda, Belanjawan 2021, PERMAI, PEMERKASA, PEMERKASA+ dan pakej terkini, PEMULIH akan membantu pemulihan dan kesejahteraan keluarga, perniagaan dan komuniti anda.

Gunakan panduan ini untuk mengetahui bagaimana anda boleh mendapat manfaat dari pakej-pakej kerajaan ini!

Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Kehilangan Pekerjaan ini, sila rujuk laman web https://www.mof.gov.my/ atau https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/

SOALAN LAZIM

Apa maksud golongan B40 kehilangan pekerjaan?

Individu atau isi rumah dalam golongan B40 yang telah kehilangan pekerjaan layak menerima bantuan ini.

Bagaimanakah pihak kerajaan semak status kehilangan pekerjaan?

Melalui disaring kelayakan a oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Berapa umur kelayakan penerima bantuan B40 kehilangan pekerjaan?

Penerima yang berumum 21 hingga 60 tahun

Bagaimanakah cara mohon bantuan kehilangan pekerjaan?

Tidak perlu permohonan,hanya semak kelayakan anda bila dimaklumkan kelak

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EVETTING DAFTAR BARU: CARA MOHON PENGGUNA DAN AKSES MASUK KE SISTEM EVETTING

EVETTING DAFTAR BARU: CARA MOHON PENGGUNA DAN AKSES MASUK KE SISTEM EVETTING

CARA DAPATKAN PASSWORD UNIFI (LUPA PASSWORD WIFI RUMAH)