in , , , ,

BANTUAN KANAK-KANAK RM1000 : SYARAT / PERMOHONAN BKK 2023

BANTUAN KANAK-KANAK

BANTUAN KANAK-KANAK RM1000 : SYARAT / PERMOHONAN BKK 2023

Bantuan Kanak Kanak adalah inisiatif kerajaan untuk membantu keluarga Malaysia yang mempunyai tanggungan anak yang masih bersekolah dan juga untuk membela nasib kanak-kanak di Malaysia yang tidak terbela. Program bantuan BKK ini adalah bantuan berbentuk kewangan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Di sini dikongsikan syarat kelayakan dan panduan untuk memohon bantuan kanak-kanak (BKK) 2023.

Baca juga : BANTUAN E-WALLET B40 : BANTUAN UNTUK BELIA B40 RM200

APAKAH ITU BKK

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) bertujuan untuk membantu keluarga/penjaga kanak-kanak/kanak-kanak atau membantu kanak-kanak/kanak-kanak yang kehilangan/kehilangan penjaga.

  • Ini supaya mereka dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan tumbesaran dan perkembangan mereka sebagai anak.
  • Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

JUMLAH BAYARAN BKK 2023

Sekiranya kanak-kanak tersebut layak, mereka akan menerima bantuan pada kadar berikut :

KADAR BANTUAN KANAK-KANAK JKM

  1. RM200 sebulan seorang untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah;
  2. RM150 sebulan seorang untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 18 tahun; dan
  3. Kadar bantuan maksimum RM1000 sebulan setiap keluarga

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KANAK-KANAK

  1. Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
  2. Keluarga / penjaga kepada kanak – kanak
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
  4. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat sekolah menengah atas; ATAU
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

PERMOHONAN BANTUAN KANAK-KANAK

  1. Setiap pemohon perlu melengkapkan Borang Permohonan Bantuan JKM yang disediakan dibawah:
    • Borang JKM 18 (Permohonan) – DI SINI
    • Borang JKM 20 (Kaji semula) – DI SINI
  2. Dokumen sokongan yang perlu dibawa bersama semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan / Bahagian adalah seperti:
    • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
    • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
    • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
    • Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan
  3. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
    • Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
    • Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

UNTUK RUJUKAN

Untuk mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan BKK ini, anda boleh layari portal rasmi JKM – KLIK DI SINI untuk rujukan semakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BANTUAN E WALLET B40

BANTUAN E-WALLET B40 : BANTUAN UNTUK BELIA B40 RM200

PERMOHONAN AIR SELANGOR PERCUMA

PERMOHONAN AIR SELANGOR PERCUMA 2022 : SEMAKAN / BANTUAN BIL AIR PERCUMA UNTUK BERPENDAPATAN BAWAH RM5000 SADE