in ,

BANTUAN KHAS KEWANGAN 2023 : TARIKH BAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA KERAJAAN

BANTUAN KHAS KEWANGAN

BANTUAN KHAS KEWANGAN 2023 : TARIKH BAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA KERAJAAN

Berita baik untuk penjawat awam dan pesara kerajaan di negara ini. Kerajaan telah bersetuju memberikan Bantuan khas kewangan(BKK) kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM350. Ia adalah sebagai tanda penghargaan buat anggoota awam atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Disini, dikongsikan dengan lebih mengenai Bantuan Khas Kewangan RM700 kepada penjawat awam dan RM350 kepada pesara kerajaan serta tarikh pembayaran.

Baca juga : BANTUAN TUNAI RAKYAT BTR 2023 : SEMAKAN,TARIKH BAYARAN DAN CARA MEMOHON

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam (BKK 2023)

Bantuan Khas Kewangan RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 kepada pesara diteruskan pada Januari 2023.

Juga diteruskan tambahan khas RM100 kepada penjawat awam dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT).

TUJUAN BAYARAN BKK

Ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada seluruh rakyat Malaysia serta bantuan untuk pesara kerajaan.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan Penjawat Awam yang bakal menerima bantuan khas ini:

  • Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah yang layak
  • Pesara Kerajaan

BONUS PENJAWAT AWAM  DAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA

KADAR BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM 2023 PERSEKUTUAN

Berikut adalah jadual tarikh pembayaran BKK penjawat awam dan pesara Persekutuan pada Bajet 2023:

NOPENJAWAT AWAMJUMLAH (RM)TARIKH
PEMBAYARAN
1.BAYARAN KHAS KEWANGAN 700JANUARI 2023
2.BAYARAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI600MAC 2023
NOPESARA KERAJAANJUMLAH (RM)TARIKH
PEMBAYARAN
1.BAYARAN KHAS KEWANGAN350JANUARI 2023
2.BAYARAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI300MAC 2023

KADAR BANTUAN KHAS KEWANGAN PENJAWAT AWAM NEGERI

Berikut adalah merupakan kadar BKK penjawat awam Kerajaan Negeri:

PENJAWAT AWAM NEGERIJUMLAHTARIKH
PEMBAYARAN
PERAKAkan dikemaskiniAkan dikemaskini
PULAU PINANGSetengah bulan gajiAkhir Tahun 2022
SELANGORDua bulan setengah gaji27 April 2022 (satu bulan gaji)
29 Disember 2022 (satu bulan gaji)
Februari 2023 (setengah bulan gaji)
JOHORSebulan GajiAkhir Tahun 2022
Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2023
KEDAHAkan dikemaskiniAkan dikemaskini
NEGERI SEMBILANSatu bulan setengah gajiAwal Januari 2023
Minggu pertama April 2023
SARAWAKSebulan setengah gajiAkhir Tahun 2022
MELAKAAkan dikemaskiniAkan dikemaskini
PAHANGAkan dikemaskiniAkan dikemaskini
KELANTANRM 1500Awal Januari 2023
SABAHSetengah bulan gajiAwal Januari 2023
TERENGGANURM 900Januari 2023
PERLISAkan dikemaskiniAkan dikemaskini

UNTUK RUJUKAN

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan khas Kewangan, sila layari laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu https://www.jpa.gov.my/ atau merujuk website kerajaan negeri masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT

PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT 2023 : CARA PERMOHONAN / SYARAT / TARIKH PENGAMBILAN TENTERA DARAT MALAYSIA