in ,

BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM : BAJET 2022 PENJAWAT AWAM TERIMA RM700,PESARA RM 350

BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM

BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM : BAJET 2022 PENJAWAT AWAM TERIMA RM700,PESARA RM 350

BAJET 2022 : BANTUAN KHAS KEWANGAN UNTUK PENJAWAT AWAM DAN PESARA

Seramai 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah akan terima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM700 sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya ketika negara mengharungi tempoh mencabar ini.

Satu juta pesara kerajaan pula akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM350.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN KHAS UNTUK PENJAWAT AWAM DAN PESARA

  • Penjawat awam: RM700
  • Pesara : RM300

BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM DAN PESARA

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM 1.3 bilion.

β€œIa bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini, katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada hari ini.

ANTARA INTIPATI LAIN YANG DIUMUMKAN DI DALAM BAJET 2022(KANDUNGAN INTIPATI BAJET 2022)

Baca Juga Disini : CARA DAFTAR BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

  • Kerajaan perkenal Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) salur bantuan RM2,000 kepada isi rumah mempunyai tiga anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500.
  • Di bawah BKM kerajaan beri bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan sehingga RM5,000.
  • Bantuan tambahan RM300 diberikan kepada warga emas menerusi BKM.
  • Syarat kelayakan kebajikan dinaikkan kepada Paras Garis Kemiskinan Makanan 2019 iaitu RM1,169, berbanding RM980.
  • Kerajaan sediakan RM25 juta kepada Yayasan Keluarga Malaysia untuk pimpin usaha melindungi kebajikan, pendidikan dan masa depan anak-anak.
  • Sebanyak RM32.4 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan.
  • Kerajaan bercadang beri pelepasan cukai individu dan potongan cukai kepada majikan ke atas kos berkaitan pengambilan vaksin penggalak yang dibiayai sendiri.
  • Kerajaan bercadang meluaskan kenaan duti eksais ke atas produk minuman bergula, perluaskan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin.
  • Kerajaan setuju sambung pelantikan secara kontrak lebih 10,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi maksimum empat tahun selepas tempoh khidmat wajib dua tahun.
  • Kerajaan meluluskan penajaan program kepakaran dengan peruntukan RM100 juta yang memberi manfaat 3,000 pegawai kontrak perubatan dan pergigian.
  • RM70 juta diperuntukkan untuk pastikan isu kesihatan mental diberi keutamaan.
  • RM52.6 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, manakala RM14.5 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Kerajaan setuju sediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150, dijangka manfaatkan 3 juta murid yang layak.
  • RM1 bilion disediakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah, termasuk RM140 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  • RM120 juta disediakan untuk manfaat 1,800 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.RM746 juta diperuntukkan untuk naik taraf sekolah-sekolah daif, sebilangan besar di Sabah (112 projek) dan Sarawak (165 projek).
  • RM50 juta diperuntukkan untuk memperkasa agenda pendidikan khas termasuk membiayai pembelian peralatan mengajar dan menambah baik fasiliti sekolah berkeperluan khas.
  • Kerajaan teruskan penyediaan bekalan susu harian di bawah Rancangan Makanan Tambahan dengan peruntukkan RM400 juta.
  • Lebih 400,000 guru sekolah bawah Kementerian Pendidikan dapat manfaat Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar sekali bayar sebanyak RM100.
  • Setiap pelajar B40 di IPT dibekalkan sebuah tablet menerusi inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia, libatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM450 juta.
  • Pelepasan khas cukai pendapatan individu hingga RM2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet hingga 31 Disember 2022.
  • Diskaun bayaran balik PTPTN antara 10 hingga 15 peratus bermula 1 November hingga 30 Apil 2022.
  • RM6.6 bilion diperuntukkan untuk memperkasa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.
  • RM4.8 diperuntuk bagi melaksanakan inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja), jamin penyediaan 600,000 ribu peluang pekerjaan.
  • Kerajaan beri insentif 20 hingga 30 peratus daripada gaji bulanan kepada majikan yang ambil Keluarga Malaysia yang tidak aktif berkerja.
  • Kerajaan beri insentif 30 hingga 40 peratus daripada gaji bulanan RM1,200 ke atas kepada majikan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada OKU, Orang Asli dan banduan.
  • 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan swasta ditawarkan menerusi inisiatif Malaysia Short-term Employment Programme (MySTEP).
  • RM1.1 bilion diperuntuk untuk pelbagai program latihan dan peningkatan kemahiran dengan sasaran 220,000 pelatih.
  • Pelepasan cukai bagi perbelanjaan hadir kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000 hingga 2023.
  • Potongan cukai dua kali kepada syarikat beri biasiswa kepada pelajar IPT dalam semua bidang pengajian.
  • Program Baucar Perlindungan Tenang untuk B40 dinaikkan kepada RM75, boleh diguna untuk beli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Jan 2022.
  • Skim MySalam diperluas kepada semua penerima BKM, manfaat tuntutan kos peranti perubatan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima.
  • Inisiatif i-Saraan diperluas kepada individu berumur 55 sehingga 60 tahun, babitkan peruntukkan RM30 juta.
  • RM80 juta diperuntuk di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia.
  • Inisiatif perlindungan sosial negara di bawah Perkeso diteruskan dengan nilai caruman 80 peratus, manfaat diperluas kepada sembilan kategori termasuk artis.
  • Kadar pencen minimum di bawah Skim Keilatan Perkeso dinaikkan kepada RM550 akan bantu 56,000 isi rumah.
  • Pelepasan cukai hingga RM4,000 kepada pencarum KWSP meliputi caruman secara sukarela.
  • Had pelepasan cukai dinaikkan kepada RM350 untuk galak pekerja swasta mencarum dengan PERKESO.
  • RM11.4 bilion diperuntuk bagi memperkasa Bumiputera.
  • RM1.5 bilion diperuntuk bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam.
  • Pemberian khas sekali bayar RM500 kepada 70,000 imam, bilal, siak, noja, marbut, guru takmir dan guru Kafa.
  • RM200 juta diperuntuk untuk kaum Cina, RM145 bagi kaum India dan RM274 juta kepada komuniti Orang Asli.
  • RM10 juta disediakan untuk galakkan anak-anak Sabah dan Sarawak mendalami ilmu berkaitan budaya dan warisan.
  • Kadar wang saku pelajar Sekolah Menengah dalam kalangan Orang Asli dinaikkan kepada RM4 sehari.
  • Geran RM6,000 untuk setiap Kawasan Rukun Tetangga libatkan peruntukan RM50 juta, manakala RM 50 juta untuk kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah ibadat di kawasan PBT.
  • Semua syarikat senaraian awam wajib lantik sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita.
  • RM30 juta diperuntuk untuk sediakan taska di bangunan kerajaan, pinda garis panduan benarkan taska beroperasi di aras melebihi tingkat satu pejabat.
  • Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 bagi bayaran yusan taska dan tadika hingga tahun taksiran 2023.
  • RM13 juta diperuntuk bagi memperkasa Bahagian D11 PDRM, 100 perjawatan baharu akan diwujudkan.
  • Lebih RM11 juta disediakan sebagai subsidi ujian mamogram dan ujian saringan kanser serviks.
  • Subsidi 50 peratus atau hingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak bagi keluarga B40.
  • RM30 juta bagi naik taraf infrastruktur bangunan kerajaan supaya mesra OKU, RM10 juta untuk laksanakan program latihan dan bimbingan ajar kepada OKU, kuota satu peratus kepada OKU untuk program MySTEP.
  • BERNAMA bantu semua rangkaian TV sediakan jurubahasa isyarat dalam penyampaian berita.
  • Kerajaan setuju tanggung bayaran Lesen Kenderaan Motor OKU, perluas Program Pemulihan Dalam Komuniti ke universiti selain USM.
  • RM150 secara sekali bayar akan dikreditkan dalam akaun e-dompet belia berumur 18 hingga 20 tahun menerusi program ‘e-Start’.
  • RM10 juta diperuntuk kepada Majlis Sukan Negara untuk memperkasa Sukan OKU, RM159 juta bagi membina, menaik taraf dan selenggara kemudahan sukan seluruh negara.
  • RM20 juta disediakan unuk rancakkan e-sukan, pengecualian cukai pendapatan ke atas wang hadiah kemenangan kejohanan e-sukan.
  • BSN sediakan dana hingga RM50 juta dengan kadar faedah 0 peratusbagi ringankan keperluan kewangan pengusaha fasiliti sukan.
  • RM200 juta diperuntuk untuk membiayai kos pengangkutan dan pengedaran barangan asas ke kawasan luar bandar.
  • KWSP lanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11 kepada sembilan peratus hingga Jun 2022.
  • RM2 bilion disediakan bagi Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk beri akses pembiayaan kepada pekerja gig, pengusaha kecil dan petani.
  • Kerajaan teruskan subsidi sebanyak RM209 juta bagi perkhidmatan pengangkutan udara di Sabah dan Sarawak.
  • RM80 juta disediakan sebagai Dana Bantuan Sementara Bas Henti-henti, manakala RM115 juta bagi inisiatif pas perjalanan bas dan rel tanpa had di Lembah Klang.
  • RM1.5 bilion ringgit disediakan untuk pembangunan infrastruktur luar bandar Sabah dan Sarawak.
  • RM16 bilion diperuntuk kepada Kementerian Pertahanan dan RM17 bilion bagi Kementerian Dalam Negeri RM100 juta diperuntuk untuk ringankan beban mangsa banjir melalui pemberian Kit Makanan.
  • RM40 bilion disediakan di bawah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti.RM423 diperuntuk di bawah MOSTI dan KPT bagi mempergiat aktiviti R&D.
  • Projek pembangunan bagi lima koridor wilayah pembangunan ekonomi akan diteruskan dengan peruntukan RM690 juta.
  • RM20 juta diperuntuk bagi setiap negeri untuk fokus kepada projek jaminan makanan, pelancongan serta pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  • Sabah dan Sarawak terima peningkatan peruntukan perbelanjaan pembangunan masing-masing kepada RM5.2 bilion dan RM4.6 bilion.
  • Tambahan 20 bank bergerak dijangka beroperasi merangkumi 250 kawasan dan mukim di luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak.
  • RM700 juta diperuntuk untuk teruskan usaha ketersambungan digital di 47 kawasan perindustrian dan 630 sekolah terutama di luar bandar.
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan transformasi 600 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia sebagai Pusat Sehenti bimbing usahawan mikro guna teknologi digital.
  • Kerajaan perluas perkhidmatan klinik bergerak oleh Hospital Pengajar Universiti, JPJ sediakan 20 kaunter bergerak untuk manfaat penduduk pedalaman.
  • 100 kiosk dengan fasiliti lengkap komputer disediakan di UTC untuk mudahkan orang awam berurusan dengan JPJ pada luar waktu pejabat.
  • RM365 juta ringgit diperuntuk bagi selenggara kuarters dan bangunan guna sama di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah.
  • Elaun Penugasan Sukarelawan Simpanan Polis naik RM9.80 sejam untuk pegawai, RM8 sejam untuk anggota.
  • Bayaran insentif RM200 kepada Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14 yang terlibat jaga, rawat warga emas, OKU dan pesakit mental.
  • Gantian cuti rehat dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari.
  • Kerajaan benar penjawat awam tebus awal GCR hingga 50 peratus atau 80 hari.

Sumber rujukan adalah di portal rasmi MOF di pautan ini : https://budget.mof.gov.my/2022/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PANDUAN MEMOHON RMMT 2021 (DAFTAR, POHON DAN SEMAK RMMT 2021)

PANDUAN MEMOHON RMMT 2021 (DAFTAR, POHON DAN SEMAK RMMT 2021)

BKM: CARA MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 RM2000 UNTUK GAJI RM5000 DAN KE BAWAH

BKM: CARA MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 RM2000 UNTUK GAJI RM5000 DAN KE BAWAH