in

BANTUAN MAIWP MUSAADAH TIJARIYYAH 2.0 : BANTUAN MODAL PERNIAGAAN RM3000

BANTUAN MAIWP MUSAADAH TIJARIYYAH 2.0

BANTUAN MAIWP MUSAADAH TIJARIYYAH 2.0 : BANTUAN MODAL PERNIAGAAN RM3000

MUSAADAH TIJARIYYAH 2.0

Bantuan Zakat Perniagaan Musaadah Tijariyyah ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Bantuan ini akan diberikan kepada penjaja/peniaga kecil yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.

Bantuan ini memberikan modal perniagaan kepada mereka yang ingin memulakan/ mengembangkan perniagaan.

Pemohon yang lulus diwajibkan menghadiri sesi Seminar Asas Keusahawanan sebelum proses bayaran dilaksanakan.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN MAIWP MUSAADAH TIJARIYYAH 2.0

Bantuan ini akan dibuka mulai 16 Oktober hingga 30 Oktober 2021.

Baca Juga Disini : CARA DAFTAR & SEMAK DIVIDEN KOPERASI TENTERA ONLINE

KADAR BANTUAN MAIWP MUSAADAH TIJARIYYAH 2.0

Jumlah bantuan adalah RM3,000.00 bagi setiap penerima yang layak.

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN MAIWP MUSAADAH TIJARIYYAH 2.0

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan sekurang- kurangnya 1 tahun
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan
  4. Tertakluk kepada Had Kifayah
  5. Bukan penerima bantuan Perniagaan Baitulmal MAIWP dalam tempoh 2 tahun dan Musaadah Tijariyyah 1.0

PERNIAGAAN YANG DIBENARKAN UNTUK MEMOHON BANTUAN

  1. Makanan dan minuman
  2. Barangan Kering (pakaian, kasut, aksesori, produk kecantikan, bahan bacaan ilmiah)
  3. Perkhidmatan (gunting rambut, salun dan spa kecantikan, wirering, urutan)
  4. Produk-produk yang bercanggah dengan hukum syarak tidak dipertimbangkan

DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN UNTUK MEMOHON BANTUAN MUSAADAH TIJARIYYAH 2.0

Pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut :

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. Surat akuan sumpah pendapatan pemohon dan pasangan
  3. Salinan lengkap SSM yang masih aktif
  4. Satu Salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun bank individu yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini (kecuali Tabung Haji dan ASB)

LOKASI TAPAK PERNIAGAAN YANG DIBENARKAN

i) Premis perniagaan boleh samada di dalam/ luar Wilayah Persekutuan

ii) Permis atau kedai yang berada di luar Wilayah Persekutuan boleh dipertimbangkan bagi kes-kes seperti berikut:

  • Perniagaan bergerak
  • Premis berada di kawasan Lembah Klang / Kuala Lumpur / Selangor
  • Pelatih/ penghuni di bawah institusi MAIWP tidak terikat dengan kawasan Lembah Klang

CARA UNTUK MEMOHON BANTUAN MUSAADAH TIJARIYYAH 2.0

Borang Permohonan Online boleh dimuatnaik di laman web www.maiwp.gov.my.

ATAU

Borang manual boleh diambil di Pusat Agihan Zakat (PAZA).

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN DI SINI

MAKLUMAT LANJUT 

Telefon: 03- 4047 9444 / Faks: 03- 4044 9444

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA SEMAK DAN DAPATKAN NOMBOR BAUCAR BPR (PEMBAYARAN TUNAI DI BSN)

CARA SEMAK DAN DAPATKAN NOMBOR BAUCAR BPR (PEMBAYARAN TUNAI DI BSN)

CARA DAFTAR SMART SELANGOR PARKING

CARA DAFTAR SMART SELANGOR PARKING : CARA MENGGUNAKAN SMART SELANGOR PARKING