in , , ,

BANTUAN RM100 MYKAD 2024 : MOHON SEKARANG

BANTUAN RM100 MYKAD 2024

BANTUAN RM100 MYKAD 2024 : MOHON SEKARANG

Kerajaan amat prihatin terhadap rakyat terutamanya yang terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Justeru Kerajaan memperkenalkan pelbagai bantuan tunai termasuk bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima RM100 setiap bulan.


Bagaimanakah cara daftar bantuan mykad 100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA DISINI : EGUMIS SEMAKAN:SEMAK WANG YANG TIDAK DITUNTUT 2024

APA ITU BANTUAN MYKAD RM100 MYKAD 2024?

Bantuan MyKad ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 setiap bulan dalam tempoh 12 bulan.

SYARAT LAYAK BANTUAN RM100 MYKAD 2024

Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

TARIKH DUIT MYKAD RM100 MASUK

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan sehingga bayaran akhir pada 1 Disember 2024.

DAFTAR BANTUAN MYKAD 100 SETIAP BULAN 2024

Ikuti cara daftar bantuan MyKad RM100 setiap bulan seperti berikut :

  1. Sila hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
  2. Hubungi Talian PPN Negeri masing-masing di talian berikut :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800
  3. Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  4. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Email : [email protected]
Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PERMOHONAN UPU

PERMOHONAN UPU 2024/2025

PENCEN ILAT PERKESO

PENCEN ILAT PERKESO (CARA UNTUK MEMOHON PENCEN ILAT)