in , ,

BANTUAN SARA HIDUP PELAJAR MATRIKULASI (BSHP) : CARA MOHON / SYARAT / KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP PELAJAR MATRIKULASI

BANTUAN SARA HIDUP PELAJAR MATRIKULASI

BANTUAN SARA HIDUP PELAJAR MATRIKULASI (BSHP) : CARA MOHON / SYARAT / KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP PELAJAR MATRIKULASI

Berita baik untuk pelajar Matrikulasi yang berkelayakan, anda boleh membuat permohonan Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP). 

Di bawah, dikongsikan cara & syarat kelayakan untuk memohon. Semoga berjaya!

Baca juga : PERMOHONAN DERMASISWA SULTAN ISMAIL PETRA : BANTUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE LUAR NEGARA (MAIK)

APA ITU BSHP?

BSHP merupakan bantuan Matrikulasi yang disalurkan kepada pelajar Matrikulasi baharu yang berkelayakan.

Inisiatif ini diwujudkan bagi meringankan beban sara hidup pelajar ketika melanjutkan pelajaran di peringkat Matrikulasi.

CARA MOHON BSHP MATRIKULASI

Berikut adalah merupakan cara permohonan BSHP Matrikulasi iaitu:

  1. Setelah mendaftar masuk ke matrikulasi yang ditawarkan, pihak kolej matrikulasi akan membantu pelajar yang berkelayakan untuk mengemukakan permohonan bantuan pendidikan berkenaan.
  2. Kebiasaannya pada minggu orientasi, pelajar akan dimaklumkan mengenai bantuan tersebut dan sesiapa yang layak boleh mengemukakan permohonan di kolej matrikulasi masing-masing.

JUMLAH KADAR BANTUAN SARA HIDUP MATRIKULASI

Berikut adalah merupakan antara jumlah elaun matrikulasi atau kadar bantuan BSHP pelajar Matrikulasi yang ditawarkan iaitu:

  • Pelajar yang berkelayakan akan diberi bantuan sara hidup pelajar sebanyak RM 1,250.00 bagi setiap semester.

Bagi pelajar dari Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang ditawarkan pengajian Program Matrikulasi di Semenanjung juga layak untuk membuat tuntutan tiket penerbangan iaitu:

  • Penerbangan pergi dan balik sekali sepanjang pengajian
  • Pelajar perlu membeli tiket penerbangan terlebih dahulu dan membuat tuntutan selepas pembelian di kolej masing-masing.
  • Pelajar Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang ditempatkan di Kolej Matrikluasi Sarawak atau Kolej Matrikulasi Labuan tidak layak membuat tuntutan tiket penerbangan.

SYARAT BANTUAN SARA HIDUP PELAJAR MATRIKULASI

Antara syarat asas kelayakan bagi permohonan BSHP yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Merupakan pelajar matrikulasi
  • Terdiri daripada keluarga golongan B40 dan M40
  • Had pendapatan isi rumah keluarga sebanyak RM 10,000 ke bawah.

TARIKH PEMBAYARAN

Bila elaun matrikulasi masuk?

Pelajar yang berkelayakan bakal menerima BSHP atau elaun matrikulasi dalam tempoh 43 hari selepas kolej menerima dokumen yang lengkap.

Untuk makluman, pembayaran akan dibuat terus ke akaun pelajar.

KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP PELAJAR MATIKULASI

Seperti yang dinyatakan, bantuan ini layak diterima oleh pelajar daripada keluarga B40 dan M40 dengan had pendapatan isi rumah sebanyak RM 10,000 ke bawah.

UNTUK RUJUKAN

Untuk keterangan lanjut mengenai BSHP, sila rujuk pautan berikut :

https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi

Anda juga boleh rujuk Soalan Lazim Matrikulasi seperti lampiran berikut :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *