in ,

BANTUAN SEJAHTERA RM300 BINGKAS : SEMAKAN,SYARAT DAN CARA MEMOHON

BANTUAN SEJAHTERA RM300

BANTUAN SEJAHTERA RM300 BINGKAS : SEMAKAN,SYARAT DAN CARA MEMOHON

Bantuan Sejahtera RM 300. Bantuan BINGKAS atau dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Pusat atau Negeri bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.

Tujuannya adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca pandemik.

Menurut Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Datoโ€™ Seri Amirudin Bin Shari, program ini meluaskan capaian dan menambahbaik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja golongan ibu tetapi juga anggota keseluruhan keluarga.

Sasaran sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM 300 akan diberikan untuk setiap bulan bagi menampung pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.

SYARAT PENDAFTARAN

Syarat pendaftaran boleh disemak di laman sesawang BINGKAS.

Pemohonan dibuka untuk:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  3. Pemilih berdaftar di Selangor.
  4. Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
  5. Pendapatan isi rumah adalah di bawah RM3,000/sebulan

CARA MEMOHON BANTUAN SEJAHTERA RM300 BINGKAS

Untuk memohon, sila layari laman sesawang BINGKAS untuk mengemaskini nombor telefon terkini anda dan membuat pendaftaran.

BACA JUGA DISINI : KWSP WITHDRAWAL 17 JENIS PENGELUARAN AKAUN 1 DAN AKAUN 2

BINGKAS

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENDAFTARAN AHLI

  1. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  2. Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  3. Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  4. Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  5. Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  6. Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
  7. Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

***Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

semakan keputusan upu

SEMAKAN KEPUTUSAN UPU 2022 : CARA SEMAKAN KEPUTUSAN UPU SECARA ONLINE DAN SMS

CARA SEMAK DAFTAR MENGUNDI

CARA SEMAK DAFTAR MENGUNDI PRU 15 : PERMOHONAN / SEMAK TEMPAT UNDI ONLINE