in

BANTUAN WANG IHSAN BANJIR :CARA MOHON WANG IHSAN BENCANA BANJIR RM1000 – RM1500

BANTUAN WANG IHSAN BANJIR :CARA MOHON WANG IHSAN BENCANA BANJIR RM1000 - RM1500

BANTUAN WANG IHSAN BANJIR :CARA MOHON WANG IHSAN BENCANA BANJIR RM1000 – RM1500

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mewakili pihak kerajaan berkata, kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas ketika Monsun Timur Laut atau yang terkesan dengan lain-lain bencana yang diisytiharkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP). Inisiatif Bantuan Wang Ihsan (BWI) ini dijangka akan meringankan beban lebih 39,100 Ketua Isi Rumah yang melibatkan peruntukan lebih RM39.5 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara, untuk proses membaik pulih, ganti rugi terhadap kerosakan rumah dan harta benda yang dialami mangsa dan bagi meringankan beban mangsa yang terjejas dengan banjir.

BACA JUGA: SEMAK BAKI ASB ONLINE :GUNA MYASNB ATAU MAYBANK2U

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

BANTUAN WANG IHSAN BANJIR :CARA MOHON WANG IHSAN BENCANA BANJIR RM1000 – RM1500

[SYARAT KELAYAKAN BANTUAN WANG IHSAN (BWI)]

BWI hanya diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) warganegara Malaysia sahaja. Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan. Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira isi rumah / keluarga. Kelayakan BWI Bencana Banjir adalah tertakluk kepada pengesahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

  1. Warganegara Malaysia dan memiliki kad pengenalan (MyKad) yang sah
  2. Mestilah merupakan mangsa bencana ketika bencana berlaku
  3. Mangsa banjir mendiami atau menduduki rumah persendirian
  4. Mangsa banjir wajib mendaftarkan nama dengan maklumat lengkap menggunakan nama KIR (Ketua Isi Rumah)
  5. Pendaftaran nama yang sah perlu dilakukan sepertimana berikut:
  • Berpindah ke PPS (Pusat Pemindahan Sementara); mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Tidak berpindah ke PPS (Pusat Pemindahan Sementara); mendaftar dengan JPKK (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung) / Ketua komuniti ditempat masing-masing

[PENDAFTARAN / PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN]

Permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Daerah masing-masing. BWI hanya diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR). Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi Rumah (KIR) (warganegara Malaysia sahaja) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.
Bagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan/Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing. Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

  • Berpindah ke PPS (Pusat Pemindahan Sementara); mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Tidak berpindah ke PPS (Pusat Pemindahan Sementara); mendaftar dengan JPKK (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung) / Ketua komuniti ditempat masing-masing

[ARAHAN TETAP]

  1. Senarai nama penerima diverifikasikan dan disahkan oleh Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD)
  2. Hanya satu Ketua Isi Rumah (KIR) yang terlibat layak untuk mendapat sekali Bantuan Wang Ihsan (BWI) tanpa mengira jumlah isi rumah / keluarga
  3. Kelayakan Bantuan Wang Ihsan (BWI) hanya diberikan *sekali dalam tempoh musim bencana yang telah diisytiharkan

[PROSEDUR PEMBERIAN BANTUAN WANG IHSAN]

  1. Pendaftaran : Berpindah ke PPS (Pusat Pemindahan Sementara); mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tidak berpindah ke PPS (Pusat Pemindahan Sementara); mendaftar dengan JPKK (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung) / Ketua komuniti ditempat masing-masing
  2. Pengesahan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD)
  3. Permohonan Peruntukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
  4. Kelulusan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
  5. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyalurkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) melalui Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD)
  6. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) mengagihkan Bantuan Wang Ihsan (BWI)

BANTUAN WANG IHSAN BANJIR :CARA MOHON WANG IHSAN BENCANA BANJIR RM1000 - RM1500

[MAKLUMAT LANJUT]

Maklumat lanjut sila hubungi nombor berikut

  • Hotline MyGCC: 03-8000-8000

ATAU

BANTUAN WANG IHSAN BANJIR :CARA MOHON WANG IHSAN BENCANA BANJIR RM1000 - RM1500

BANTUAN WANG IHSAN BANJIR :CARA MOHON WANG IHSAN BENCANA BANJIR RM1000 - RM1500

:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *