in , ,

BAYAR CUKAI TANAH ONLINE KELANTAN : BAYAR CUKAI TANAH SECARA ONLINE(maybank2u,cimbclick)

BAYAR CUKAI TANAH ONLINE KELANTAN

BAYAR CUKAI TANAH ONLINE KELANTAN : BAYAR CUKAI TANAH SECARA ONLINE(maybank2u,cimbclick)

Bagi penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat, Kerajaan Negeri Kelantan telah
menyediakan satu lagi bayaran cukai tanah melalui perbankan internet.Kaedah yang digunapakai adalah melalui maybank2U.com,iaitu salah satu perbankan internet yang terdapat di Malaysia.Orang awam yang ingin membayar cukai tanah melalui kaedah ini MESTILAH mempunyai akaun perbankan internet yang SAH dengan Maybank.
Bagi memudahkan bayaran cukai tanah dibuat melalui kaedah ini, anda boleh melayari Laman Web Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan iaitu, http://www.ptg.kelantan.gov.my/ di mana anda boleh menyemak jumlah cukai tanah secara atas talian sebelum membuat bayaran secara atas talian,
ATAU
Anda boleh terus melayari web http://www.maybank2u.com.my/ untuk menjelaskan cukai tanah.
Melalui kaedah ini, perlu DIINGATKAN KEPADA SEMUA PEMBAYAR supaya memasukkan nombor akaun hakmilik dengan BETUL bagi memudahkan pihak kami mengkreditkan bayaran cukai tanah yang terlibat ke dalam akaun cukai tanah adalah TEPAT.

LANGKAH-LANGKAH BAYAR CUKAI TANAH ONLINE KELANTAN

  1. Masukkan satu alamat seperti berikut, http://www.ptg.kelantan.gov.my/ untuk tujuan semakan cukai tanah secara atas talian.
  2. Cari bahagian RAKYAT dan klik SEMAKAN DAN BAYARAN CUKAI TANAH.
  3. Ambil nombor rujukan seperti gambar di bawah.Contoh nombor rujukan 043100801300198/99.
  4. BAYAR CUKAI TANAH ONLINE KELANTAN

    Kemudian,login maybank2U,http://www.maybank2u.com.my/

  5. Klik Account & Banking sama ada pada tab atas atau di dalam kolum untuk melihat akaun dan membuat bayaran.
  6. Klik All Account untuk melihat baki semasa di dalam akaun.
  7. Kemudian klik Bill Payment dan klik Make one‐off payment.
  8. Pilih Quit Rent (Cukai Tanah) pada bahagian View all payees by category dan klik Continue.
  9. BAYAR CUKAI TANAH ONLINE KELANTANPilih Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kelantan dan klik Continue.
  10. Kemudian masukkan maklumat‐maklumat yang dikehendaki pada ruangan berkenaan,no hakmilik dan klik Continue di bawah.Nombor hakmilik wajib diisi dengan nombor rujukan seperti langkah 3 diatas.Sila gantikan simbol (/) didalam hakmilik dengan titik perpuluhan (.).Contoh 043100801300198/99 kepada 043100801300198.99
  11. Selepas pengesahan maklumat sila masukkan nombor TAC . Kemudian klik Confirm untuk meneruskan bayaran.
  12. Selesai

MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI :

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian
Negeri Kelantan
Blok 3, Kompleks Kota Darulnaim, 15576 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Tel : 09-748 1957 sambungan 3032
Faks : 09-748 4292
Emel : ptg[a]kelantan.gov.my

BACA JUGA DISINI : PINJAMAN KERETA GAJI BAWAH RM2000 : LANGKAH UNTUK LULUS PINJAMAN

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA NAK BUAT TEMUJANJI KLINIK KESIHATAN

CARA NAK BUAT TEMUJANJI KLINIK KESIHATAN : TEMUJANJI KLINIK KESIHATAN SEMASA PKP

CONTOH SOALAN UJIAN KEPERIBADIAN UKKM MRSM

CONTOH SOALAN UJIAN KEPERIBADIAN UKKM MRSM : TEKNIK MENJAWAB SOALAN UKKM MRSM