in , , ,

BTR BAYARAN FASA 1 2023 : CARA SEMAK / KEMASKINI BANTUAN TUNAI RAKYAT ONLINE

BTR BAYARAN FASA 1

BTR BAYARAN FASA 1 2023 : CARA SEMAK / KEMASKINI BANTUAN TUNAI RAKYAT ONLINE

Bayaran Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 2023 adalah pada pada Januari 2023. Untuk menyemak status permohonan dan kelayakan penerima BTR, anda boleh membuat semakan mengikut panduan yang telah diberikan dibawah.

Baca juga : BANTUAN KHAS KEWANGAN 2023 : TARIKH BAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA KERAJAAN

TERKINI: NOTIS BANTUAN TUNAI RAKYAT 2023 TELAH DIMAKLUMKAN MELALUI LAMAN WEB BKM

Dalam notis berkenaan, dimaklumkan bahawa:

  • Bayaran Fasa 1 BTR 2023 akan disalurkan pada Januari ini
  • Makluman tarikh pembayaran dan tarikh semakan akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dari semasa ke semasa

JUMLAH BAYARAN

Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima RM300, manakala kategori bujang akan menerima bayaran RM100.

ADAKAH BANTUAN TUNAI RAKYAT (BTR) SAMA DENGAN BKM?

Buat masa ini, jumlah penuh bayaran dan kelayakan penerima BTR 2023 tidak diumumkan secara terperinci dalam pembentangan Mini Bajet pada 20 Disember 2022.

Namun, difahamkan bantuan tunai ini adalah diteruskan daripada Kerajaan terdahulu, di mana berkemungkinan ianya tidak jauh berbeza dengan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 / 2023 yang telah dibentangkan dalam Bajet 2023 sebelum ini.

SEMAK BTR 2023

TARIKH BAYARAN BTR FASA 1 2023

Tarikh bayaran BTR 2023 : Pembayaran Bantuan Tunai Rakyat akan dibuat pada Januari 2023 dan tarikh rasmi perlu tunggu pengumuman dari kerajaan.

BTR 2023 SEMAKAN STATUS

Anda boleh semak bayaran atau kelulusan bantuan BTR ini di pautan yang disediakan di bawah :

  1. Link Semakan BTR 2023
    • https://btr.hasil.gov.my (sekiranya tiada perubahan perubahan pautan sila semak menggunakan link BKM di bawah)
  2. Link Semak BKM

CARA SEMAK BAYARAN

  1. Tekan Pautan/Link Rasmi Semakan di atas.
  2. Anda akan di bawa ke Portal Rasmi.
  3. Tekan [LOG MASUK].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan No MyKad/ID Pengguna.
  5. Klik [Semak].
  6. Klik [YA] sekiranya Frasa Keselamatan betul.
  7. Masukkan Kata Laluan pemohon.
  8. Klik [Log Masuk].
  9. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  10. Klik [Semakan Status].
  11. Kemudian, lihat [Maklumat Pembayaran].
  12. Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut :
    • Nombor Pengenalan Akaun dikredit.
    • Nama Penerima.
    • Fasa Pembayaran.
    • Jumlah dikredit.
    • Status Kredit.
    • Nama Bank.
    • Nombor Akaun Bank.
  13. Selesai.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM 2023) YANG DIUMUMKAN SEBELUM INI 

i) Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan

  • RM2,500 : Lebih 5 Anak
  • RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak

ii) Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000

  • RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)

iii) Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang

  • RM350 – RM600 (Bergantung pendapatan)

iv) Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500

  • Tambahan RM500

NOTA: Jumlah bayaran penuh dan kategori kelayakan dijangka akan diumumkan sepenuhnya melalui Bajet 2023 yang bakal dibentangkan pada Februari 2023 nanti.

BELANJAWAN 2023

BTR 2023 KEMASKINI

Jika pihak kerajaan masih lagi menggunakan portal myBKM untuk salurkan Bantuan BTR ini, anda boleh ikuti cara kemaskini BTR online di bawah :

  1. Klik pautan Rasmi Kemaskini Bantuan Tunai Rakyat di sini :
    • https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login.
  2. Anda akan berada di Laman Log Masuk.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan No MyKad/ID Pengguna.
  4. Klik [Semak].
  5. Klik [YA] sekiranya Frasa Keselamatan betul.
  6. Masukkan Kata Laluan pemohon.
  7. Klik [Log Masuk].
  8. Anda akan dibawa ke Halaman Utama.
  9. Untuk kemaskini, sila klik [Kemaskini Permohonan].
  10. Pemohon boleh kemaskini Maklumat dan tambah Maklumat sekiranya terdapat perubahan & penambahan.
  11. Sila muat naik (upload) Dokumen Sokongan yang diminta.
  12. Jika sudah selesai kemaskini Maklumat dan Muat Naik Dokumen, sila buat Pengesahan Maklumat yang di isi lengkap dan betul dan Sahkan CapCTHA.
  13. Hantar [Kemaskini Permohonan] anda.
  14. Sila Cetak dan Simpan untuk tujuan Rujukan jika terdapat sebarang perubahan.
  15. Selesai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JAWATAN KOSONG KKM

JAWATAN KOSONG KKM 2023 : 4,914 KEKOSONGAN JAWATAN TETAP TERKINI / PERMOHONAN