in

CARA BELI NO PLATE JPJ ONLINE

CARA BELI NO PLATE JPJ ONLINE

CARA BELI NO PLATE JPJ ONLINE

Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran

1.1 Terbuka kepada semua individu / Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Koperasi / Badan Profesional / Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau yang layak untuk mendaftar kenderaan.

1.2 Mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran (M.V.10).

1.3 Mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:-

i. Individu :

Satu salinan Kad Pengenalan/ pasport/ sijil kelahiran/ resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa/ Kad Pengenalan Polis/ Kad Pengenalan Tentera pemohon.

ii. Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian :

Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan -Borang D (nama syarikat, maklumat perniagaan dan maklumat pemilik) atau

iii. Syarikat Sdn. Bhd. atau Bhd. :

Satu salinan Borang 9 atau Borang 8 dan Borang 13

iv. Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional:

Satu salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional.

v. Surat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran bagi Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau.

1.4 Mengemukakan slip bayaran yuran perkhidmatan (asal) RM10.00.

1.5 Mengemukakan bayaran penuh harga tempahan nombor pendaftaran yang dibida dalam bentuk Draf Bank atau Kiriman Wang sahaja (tempoh sahlaku mestilah tidak kurang dari tiga (3) bulan dari tarikh tender diiklankan) dan dibuat atas nama KETUA PENGARAH PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA (Negeri-Negeri lain) / AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-MOT-T (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya). Wang Tunai/ Wang Pos/ cek persendirian tidak boleh diterima.

1.6 Sampul surat bersetem/berdaftar dan ditulis dengan alamat surat-menyurat(pemohon) yang terkini bagi tujuan penghantaran surat jawapan

BACA JUIGA: 10 TEMPAT PELANCONGAN DI PERAK (TEMPAT MENARIK DI PERAK 2021)

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

CARA BELI NO PLATE JPJ ONLINE

  • anda perlu ke laman web rasmi mySIKAP = (https://public.jpj.gov.my/public/login.zul)
  • Log Masuk akaun mySIKAP anda
  • klik di bahagian kenderaan
  • kemudian, klik di bahagian Tempahan No. Pendaftaran (pembelian terus nombor pendaftaran dengan harga tetap)

  • akan dipaparkan halaman berikut

  • Pilih Negeri / Kawasan, Siri Awalan, Siri Akhiran dan Nombor melalui drop down list;
  • Masukkan Nombor;
  • Nota: Sekiranya pilihan Nombor adalah Julat, nombor perlu dimasukkan dalam julat 50 atau kurang.
  • Klik [Cari], skrin seperti berikut akan dipaparkan; atau
  • Klik [Papar No. Pendaftaran Kenderaan Terkini] untuk memaparkan nombor pendaftaran terkini yang terdapat dalam portal JPJ;

cara beli no plate jpj online

  • Pilih salah satu nombor daripada senarai yang dipaparkan;

     

  • Klik [Seterusnya], skrin seperti berikut akan dipaparkan; atau

     

  • Klik [Set Semula] untuk memilih semula nombor; atau

     

  • Klik [Kembali] untuk kembali ke skrin sebelumnya;

cara beli no plate jpj online

  • Pilih kaedah pembayaran sama ada Kad Kredit atau FPX;

     

  • Klik [Bayar] untuk meneruskan transaksi. Skrin seperti berikut akan dipaparkan; atau

     

  • Klik [Kembali] untuk kembali ke skrin sebelumnya; atau

     

  • Klik [Batal] untuk membatalkan transaksi;

cara beli no plate jpj online

  • Klik [Teruskan] untuk meneruskan transaksi; atau

     

  • Klik [Batal] untuk membatalkan transaksi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA CHECK STATUS LULUS ATAU TIDAK BKP

CARA CHECK STATUS LULUS ATAU TIDAK BKP (BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN BKP)

CARA JAMAK MAGHRIB DAN ISYA DENGAN BETUL