CARA BOOKING PUSPAKOM UNTUK LORI : PUSPAKOM ONLINE BOOKING LOGIN
Selaras dengan pengumuman Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia untuk tidak melanjutkan tempoh moratorium pelanjutan pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) selepas 30 September ini, PUSPAKOM memohon kerjasama semua pelanggan terlibat untuk membuat temujanji pemeriksaan lebih awal bagi mengelakkan kesukaran mendapatkan slot temujanji pemeriksaan pada saat akhir pelaksanaan moratorium ini.
Sebagai contoh, pelanggan yang Perakuan Pemeriksaan tamat tempoh di antara 1 Jun hingga 31 Ogos 2021, disarankan membuat temujanji pemeriksaan seawal bulan ini dan mereka boleh hadir pemeriksaan tanpa perlu menunjukkan bukti pembayaran saman.
PUSPAKOM juga akan memastikan slot temujanji pemeriksaan adalah cukup sepanjang tempoh pelaksanaan moratorium ini.
MyPUSPAKOM TEMUJANJI ONLINE
Kini rangkaian temujanji MyPUSPAKOM telah diperluaskan di semua pusat pemeriksaan PUSPAKOM di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Pemeriksaan Kenderaan lebih mudah dengan MyPUSPAKOM. Anda hanya perlu buat temujanji secara online sebelum hadir ke cawangan PUSPAKOM.
Log masuk www.mypuspakom.com.my atau muat turun aplikasi MyPUSPAKOM di Google Play untuk membuat temujanji pemeriksaan kenderaan anda sekarang.
Berikut dikongsikan cara-cara membuat temujanji PUSPAKOM secara online:
CARA MEMBUAT TEMUJANJI PUSPAKOM (MyPUSPAKOM)/CARA BOOKING PUSPAKOM UNTUK LORI
Hanya ikuti langkah-langkah ini untuk membuat temujanji dalam talian dan anda akan diberikan satu kod QR untuk “check in” pada hari pemeriksaan.
- Layari laman web www.mypuspakom.com.my.
- Daftar akaun individu untuk kenderaan persendirian atau akaun perdagangan untuk kenderaan perdagangan.
- Lengkapkan butiran kenderaan untuk membuat temujanji.
- Pilih jenis pemeriksaan, pusat pemeriksaan, tarikh dan masa pemeriksaan.
- Lengkapkan butiran pembawa kenderaan yang akan hadir untuk pemeriksaan.
- Sahkan butiran temujanji. Dokumen yang perlu dibawa semasa pemeriksaan akan dipaparkan untuk perhatian anda.
- Buat bayaran atas talian.
- Anda akan menerima Slip Pengesahan Tempahan melalui e-mel berdaftar untuk setiap transaksi yang berjaya. Bawa Slip Pengesahan Temujanji semasa pemeriksaan.
- Pendaftaran akaun perdagangan akan diluluskan dalam 3 hari.
- Sekiranya janji dibuat untuk 2 kenderaan yang berbeza, anda akan menerima 2 Slip Pengesahan Tempahan.
SILA BACA DISINI
One Comment
Leave a ReplyOne Ping
Pingback:BAYAR SAMAN JPJ ONLINE MAYBANK2U : JPJ DISKAUN SEHINGGA 70% 18 OGOS-16 SEPTEMBER 2021 | PORTAL PERMOHONAN