CARA BUAT ADUAN MAJIKAN TIDAK BAYAR GAJI MINIMA RM1200
Aduan boleh dibuat ke Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia. Aduan merupakan manifestasi wujudnya suatu masalah yang memerlukan perhatian segera. Daripada aduan yang diterima Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia boleh mengenalpasti dengan segera dan jelas tentang masalah ditempat pekerjaan dan dengan itu Jabatan berupaya mengambil langkah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah itu dengan cepat.
BACA JUGA: CARA MEMOHON ISAYANG KWSP
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
CARA BUAT ADUAN MAJIKAN TIDAK BAYAR GAJI MINIMA RM1200
Pengadu boleh membuat aduan melalui :
- Hadir sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran dengan tempat kerja
- Surat kepada Jabatan Tenaga Kerja
- Telefon ke talian telekerja JTK (senarai telekerja)
- Emel rasmi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.
Untuk mempercepatkan tindakan terhadap Aduan Perburuhan, pengadu (Majikan/ Pekerja) perlu hadir sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja bersama dengan dokumen yang diperlukan. Setiap aduan akan di kendalikan oleh Pegawai Buruh Terlatih di Pejabat Jabatan Tenaga Kerja mengikut kawasan tempat pekerjaan.
Dokumen Sokongan yang diperlukan
- Kad Pengenalan/ Pasport
- Surat Lantikan/ Kontrak Perkhidmatan
- Slip Gaji/ Slip Bayaran Upah
- Kad kedatangan
- Surat Tunjuk Sebab/ Surat Penamatan Kerja (Jika berkaitan)
- Dokumen lain yang berkaitan kontrak penggajian.
[MAKLUMAT LANJUT]
Sila layari laman web rasmi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia = (https://jtksm.mohr.gov.my/ms/hubungi-kami/alamat/negeri) atau anda boleh ke mana-mana ibu pejabat Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia dikawasan berhampiran anda.
[PERINTAH GAJI MINIMUM 2020]
JTK menerima aduan daripada pelbagai sumber iaitu :
- Pengadu sendiri
- Biro Pengaduan Awam
- Pejabat Menteri/Timbalan Menteri Sumber Manusia
- Pejabat Perdana Menteri
- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
- Kedutaan
- Badan Bukan Kerajaan (NGO)
- Agensi-agensi lain
Aduan yang dikendalikan oleh JTK adalah :
(I) Aduan oleh pekerja terhadap majikannya keranatidakmematuhiperuntukkanundang- undang buruh yang mengakibatkan pekerja kehilangan sesuatu faedah kewangan (monetary benefit) atau faedah bukan kewangan (non-monetary benefit). Contoh adalah seperti berikut :
- Tidak dibayar gaji
- Tiada cuti tahunan
- Tidak melapor penggajian pekerja asing
- Diberhentikan kerja tanpa notis
- Tiada kontrak perkhidmatan
- Lewat bayar gaji
- Majikan tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012
- Majikan tidak mematuhi Akta Umur Persaraan Minimum 2012
(II) Aduan oleh pekerja atau pihak-pihak lain terhadap majikan yang ingkar mematuhi dasar Kerajaan atau adat resam serta amalan buruh yang tidak sihat.Contoh:
- Diskriminasi kaum
- Tidak dibenarkan solat
- Amalan Buruh Tak Saksama
- Diskriminasi kaum/jantina
JTK akan menyiasat setiap aduan yang diterima berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan. Sekiranya hasil siasatan mendapati aduan berasas, majikan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut kesalahan yang dilakukan seperti diberi notis pematuhan, dikenakan tindakan kompaun atau pendakwaan.Sekiranya aduan melibatkan tuntutan kewangan dan hasil siasatan mendapati pengadu layak untuk membuat tuntutan, pengadu akan dinasihatkan untuk memfailkan kes buruh.
Bagi aduan yang melibatkan soal dasar, agama dan penggajian majikan akan diberi penjelasan berhubung dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dan dinasihatkan agar memberi pertimbangan sewajarnya terhadap isu yang dibangkitkan demi menjamin keharmonian industri.
Antara Isu-isu aduan yang dikendalikan oleh Jabatan TenagaKerjaSemenanjungMalaysia adalah seperti berikut:-
Akta Kerja 1955, Peraturan-Peraturan Dan Perintah
- Baki gaji
- Gaji ganti notis
- Gaji cuti am
- Gaji cuti tahunan
- Gaji cuti sakit
- Gaji kerja pada hari rehat mingguan
- Gaji kerja cuti am
- Gaji kerja lebih masa pada hari biasa
- Gaji kerja lebih masa pada hari rehat mingguan
- Gaji kerja lebih masa pada cuti am
- Cuti/elaun bersalin
- Faedah penamatan kerja
- Penggajian pekerja asing
- Pelanggaran kontrak pekerjaan
- Lain-lain
Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990
- Bekalan air tidak diberi/mencukupi/bersih
- Membina rumah tanpa kelulusan pelan
- Bekalan elektrik tidak diberi/mencukupi
- Lain-lain
Akta (Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1966
- Tidak diberi faedah statutori
- Melanggar syarat penggajian
- Lain-lain
Akta Pampasan Pekerja 1952
- Tidak menginsurankan pekerja
- Tidak melapor kemalangan pekerja
- Belum dibayar pampasan
- Lain-lain
Isu melibatkan dasar, agama dan penggajian
- Pelanggaran dasar kerajaan
- Diskriminasi kaum
- Tiada peluang / tempat sembahyang
- Amalan Buruh Tak Saksama
- Gaji rendah / Tiada kenaikan gaji
- Penindasan oleh majikan
- Diskriminasi kaum/Jantina
- Lain-lain
Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011
- Tidak membayar gaji minima
Akta Umur Persaraan Minima 2012
- Tidak mengikut umur persaraan minimum
Akta Anti Pemerdagangan dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIP)