CARA BUAT WHATSAPP BUSINESS UNTUK PENIAGA ONLINE MALAYSIA
berikut adalah langkah-langkah satu demi satu cara membuat akaun whatsapp business dan mencipta business profile anda
BACA JUGA: CARA TEMPAH PAKEJ CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM DAN PESARA
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
CARA BUAT WHATSAPP BUSINESS UNTUK PENIAGA ONLINE MALAYSIA
- sila muat turun aplikasi whatsapp business di google play store
- kemudian, buka aplikasi whatsapp business
- mula-mula anda perlu tekan butang Agree and Continue untuk bersetuju dengan terma dan syarat aplikasi ini
- kemudian, akan ada laman pop up yang meminta anda untuk membenarkan (Allow) aplikasi whatsapp business anda mengakses contact, gambar, dokumen dan media lain dari telefon anda untuk berhubung dengan orang dan perniagaan dengan mudah, serta menghantar serta menerima foto dan video. Sila klik butang Continue
- seterusnya, akan ada pop up sekali lagi yang meminta anda untuk membenarkan (Allow) aplikasi whatsapp business anda mengakses contact, Sila klik butang Allow
- Kemudian, anda perlu memasukkan nombor telefon yang anda guna untuk aplikasi whatsapp business dan klik butang hijau Next
- kemudian, akan muncul pop up bagi memastikan anda memasukkan nombor telefon yang betul, sila klik butang ok
- akan muncul pop up yang mengatakan “untuk mengesahkan nombor anda dengan mudah, whatsapp business boleh mengesan kod pengesahan anda secara automatik jika anda membenarkan perniagaan whatsapp melihat mesej sms”. Sila klik butang Continue untuk membenarkan dan sambung
- seterusnya, akan ada pop up sekali lagi yang meminta anda untuk membenarkan (Allow) aplikasi whatsapp business anda menghantar dan melihat mesej SMS, Sila klik butang Allow
- kemudian, peranti telefon anda akan mengeluarkan pop up Screen Overlay Detected, seperti yang ditunjukkan pada gambar dibawah. Sila tekan butang open setting
- kemudian, anda perlu menunggu seketika untuk mendapatkan SMS daripada whatsapp business dan secara automatik, peranti telefon anda akan mendapat nombor kod didalam SMS tersebut dan anda perlu memasukkannya ke dalam ruangan nombor kod
- Nota: sekiranya anda tidak berjaya menerima SMS daripada whatsapp business, anda boleh klik pada butang Resend SMS untuk whatsapp business hantar semula nombor kod baru menggunakan SMS
- akan muncul pop up notifikasi untuk anda membuat backup mesej whatsapp. sekiranya anda ingin backup mesej anda, sila klik butang Update dan klik butang Move, sekiranya anda ingin melakukannya kemudian, anda boleh tekan butang Skip dan klik butang Skip.
- kemudian, pada bahagian Your Business Info, anda perlu letak nama business anda
- anda telah selesai mencipta akaun whatsapp business anda langkah berikutnya, anda perlu klik pada menu ikon disebelah atas kanan aplikasi whatsapp dan pilih setting
- disini, anda boleh setkan profile business anda, klik pada Business Setting dan anda boleh lihat banyak feature yang terdapat di situ yang anda boleh guna untuk memudahkan urusan anda.
- untuk update maklumat business anda, klik pada profile, kemudian anda boleh letak alamat / lokasi kedai anda dengan menggunakan google map di bahagian Update Location on Map.
- di bahagian profile juga, anda boleh pilih kategori kedai anda iaitu dibawah peta
- dan masa beroperasi juga boleh disetkan di bahagian profile
- anda juga boleh memaparkan email syarikat anda dan laman web rasmi syarikat anda untuk pelanggan mudah menghubungi anda
- anda juga, boleh meletakkan description atau keterangan tentang apa produk anda atau khidmat yang anda sediakan
- akhirnya, pada bahagian Business Setting juga, anda boleh setkan Away Messages, Greeting Messages dan Quick Replies.
- Away Messages adalah mesej yang secara automatik dihantar kepada pelanggan sekiranya mereka mesej anda pada waktu yang tidak berada didalam waktu operasi anda. contohnya, pelanggan akan menerima Away Messages sekiranya mereka mesej anda pada jam 3 pagi sedangkan waktu operasi anda adalah jam 8 pagi hingga 5 petang
- Greeting Messages pula adalah mesej sambutan yang pelanggan baharu akan terima sekiranya mereka mesej anda
- Quick Repiles adalah mesej yang pelanggan akan terima sekiranya anda beroperasi tetapi tidak dapat membalas mesej mereka buat waktu itu.