CARA CHECK STATUS BAYARAN FASA 2 BKC UNTUK BUJANG/ISI RUMAH/B40
APAKAH ITU BKC?
- Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021
- Bayaran BKC adalah seperti berikut:
SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BKC?
Warganegara Malaysia
- Kategori pendapatan: Miskin tegar / B40 / M40
- Klasifikasi: Isi rumah / Warga emas sebatang kara / Individu bujang
CARA UNTUK MEMOHON BKC
Tiada permohonan diperlukan.Pengesahan penerima BKC akan dilakukan melalui semak silang pangkalan data BPR dan LHDNM.
- Nota: Jika anda tidak berjaya dalam rayuan BPR, anda tidak layak untuk bayaran BKC untuk kategori B40.
- Namun, LHDNM akan memeriksa rekod cukai yang ada untuk mengesahkan jika anda termasuk di dalam kategori pendapatan M40 (RM5,001 – RM9,000 untuk isi rumah / RM2,501 – RM5,000 untuk individu bujang).
Jika anda berada di dalam kategori pendapatan ini anda akan layak mendapat bayaran BKC untuk kategori M40
Kategori Penerima / Data Bantuan
- Miskin tegar – Permohonan BPR 2021
- B40 – Permohonan BPR 2021
- M40 – Percukaian (LHDNM)
TARIKH BAYARAN BKC FASA 2
- Tarikh bayaran BKC Fasa 2 pada (November 2021).
- Berikut adalah jumlah bayaran BKC mengikut kategori :
Jumlah Bayaran BKC Fasa 2
Perincian jumlah bantuan BKC yang diumumkan adalah seperti berikut:
- Isi Rumah kategori Miskin Tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan September (Fasa 1), RM500 pada bulan November (Fasa 2), dan RM300 pada bulan Disember (Fasa 3).
- Individu Bujang kategori Miskin Tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan September (Fasa 1) dan RM300 pada bulan November (Fasa 2).
- Isi Rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos (Fasa 1) dan RM300 pada bulan November (Fasa 2).
- Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan September (Fasa 1).
- Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan September (Fasa 1).
Baca Juga Disini : BANTUAN BKP 2021(PERMOHONAN BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN 2021)
CARA PEMBAYARAN BKC
Kaedah pembayaran adalah mengikut akaun masing-masing seperti berikut:
- Miskin Tegar – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa
permohonan BPR 2021 - B40 – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa
permohonan BPR 2021 - M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam
rekod percukaian
CARA CHECK STATUS BAYARAN FASA 2 BKC UNTUK BUJANG/ISI RUMAH/B40
Jika anda tidak pasti sama ada anda layak menerima BKC atau kategori anda, sila rujuk cara semakan status di bawah:
- SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BKC SECARA ONLINE
Semakan melalui laman web rasmi BKC boleh dibuat melalui pautan https://bkc.hasil.gov.my
Semakan boleh dibuat seperti berikut:
- Klik Log Masuk atau Semakan Status
- Masukkan Nombor MyKad
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Maklumat yang akan dipaparkan (Status Permohonan,Jumlah Keseluruhan Diterima,Maklumat Pembayaran dan Paparan Borang).
- SEMAKAN STATUS BAYARAN BKC SECARA MANUAL / TELEFON
Semakan melalui Hotline BKC di talian 1-800-88-2747 atau TALIAN KHAS
Anda juga boleh terus ke kaunter LHDN dengan membuat temujanji terlebih dahulu.
LUPA PASSWORD BKC
Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan dan akaun disekat, anda boleh mencuba semula selepas 24 jam.
Sekiranya masih terlupa, boleh menghubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 atau Cawangan LHDNM yang berhampiran untuk set semula akaun BKC.
Selepas akaun BKC telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBKC dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.