in , , ,

CARA CHECK BAKI KWSP 2024 : SEMAK MELALUI i-AKAUN ATAU TANPA i-AKAUN

CARA CHECK BAKI KWSP

CARA CHECK BAKI KWSP 2024 : SEMAK MELALUI i-AKAUN ATAU TANPA i-AKAUN

Bagaimanakah cara untuk check baki KWSP?Jika anda pencarum KWSP,anda mesti ingin tahu berapa lagi baki duit KWSP dalam akaun 1 dan akaun 2.

Sebelum ini,kita tidak ambil tahu tentang baki duit KWSP masing-masing,ekoran pendamik Covid-19,kerajaan telah membenarkan pengeluaran akaun 2 dan akaun 1 KWSP melalui i-Lestari dan i-Sinar.Maka ramai pencarum mengambil tahu tentang baki duit KWSP.

Ahli KWSP juga boleh membuat semakan berapa jumlah potongan caruman daripada majikan dan gaji setiap bulanan yang masuk ke akaun 1 dan 2 KWSP.

BACA JUGA DISINI : CARA UPDATE NO TELEFON KWSP : TUKAR SECARA ONLINE

CARA CHECK BAKI KWSP

Anda boleh check baki KWSP secara online melalui i-Akaun KWSP.Berikut adalah cara untuk register i-Akaun KWSP.

  1. Sila hadir ke KIOSK /KAUNTER KWSP untuk daftar nombor telefon bagi tujuan kod pengesahan TAC.
  2. Anda akan diberikan ID dan kata laluan sementara melalui SMS.
  3. Sila layari laman web KWSP untuk login dan semak baki KWSP anda.
  4. Di halaman utama, pilih butang Login.
  5. Klik pada pilihan i-Akaun (Member).
  6. Seterusnya, masukkan ID sementara yang diberikan dan tekan Next.
  7. Sila masukan kata laluan sementara yang diterima dan tekan Login.
  8. Kemudian Baca terma dan syarat yang dinyatakan.
  9. Sila Tick pada kotak persetujuan syaratan dan terma dan tekan Next.
  10. Seterusnya anda perlu mencipta ID dan kata laluan yang baharu.
  11. Pilih IMEJ KESELAMATAN dan FRASA KESELAMATAN bagi tujuan sekuriti.
  12. Klik Next & anda telah berjaya daftar i-Akaun.

BAGAIMANAKAH CARA CHECK BAKI KWSP GUNA APLIKASI i-AKAUN?

Berikut adalah cara check baki KWSP menggunakan apps i-Akaun:

  1. Sila muat turun aplikasi i-Akaun KWSP di telefon anda.
  2. Pilih pada pautan iOS atau Android.
  3. Kemudian,buka aplikasi i-Akaun di telefon pintar anda.
  4. Login akaun i-Akaun anda.
  5. Baki KWSP anda akan dipaparkan,sila klik view Transaction History untuk semak transaksi caruman ke akaun anda.
  6. Tekan pada Caruman – IWS untuk mendapatkan detail transaksi.

KELEBIHAN i-AKAUN (iakaun kwsp.gov.my)

Berikut adalah kemudahan/perkhidmatan yang ditawarkan:

  • Memohon e-Pengeluaran.
  • Menyemak Penyata KWSP untuk tahun terkini dan tahun sebelumnya.
  • Menyemak status permohonan pengeluaran
  • Menyemak sejarah pengeluaran.
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan.
  • Mengemaskini profil seperti pertukaran alamat surat-menyurat.
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini.
  • Menyemak log aktiviti akaun KWSP.

KENAPA TIDAK BOLEH DAFTAR i-AKAUN

Jika anda ada masalah semasa proses pendaftaran i-Akaun KWSP,sila hubungi pihak KWSP di sini atau bercakap dengan khidmat pelanggan KWSP di talian 03 – 8922 6000.

Waktu beroperasi bagi puhak khidmat pelanggan KWSP adalah Isnin – Jumaat (Kecuali cuti umum): 8AM – 5PM

SOALAN LAZIM

Berapa jumlah % caruman KWSP pihak majikan?

Sebanyak 13% caruman daripada gaji bulanan yang dibayar oleh pihak majikan kepada KWSP

Boleh ker check baki KWSP akaun 1 atau akaun 2 online?

Ya boleh

Boleh ker check jumlah caruman KWSP oleh pihak majikan?

Ya boleh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA UPDATE NO TELEFON KWSP

CARA UPDATE NO TELEFON KWSP : TUKAR SECARA ONLINE

PERMOHONAN TENTERA LAUT

PERMOHONAN TENTERA LAUT 2024 : LOKASI PEMILIHAN