in , ,

CARA DAFTAR IBAYAQ KEDAH (SISTEM BAYARAN SECARA ONLINE)

CARA DAFTAR IBAYAQ KEDAH

CARA DAFTAR IBAYAQ KEDAH (SISTEM BAYARAN SECARA ONLINE)

Ibayaq menawarkan pembayaran secara atas talian bagi urusan seperti bayar cukai tanah, sewa perumahan, pinjaman pendidikan dan pendaftaran kontraktor (idaftar).Ini satu inisiatif bijak dari Kerajaan Negeri Kedah untuk rakyat mereka.

Di dalam Portal Permohonan ini akan menjelaskan cara atau langkah untuk mendaftar dan menggunakan sistem ibayaq.

Sebelum itu jom ketahui dengan lebih jelas apa itu ibayaq.

cara-daftar-ibayaq-kedah

APA ITU iBAYAQ

Sistem iBAYAQ ini adalah bertujuan untuk memudahkan pengguna membuat pembayaran secara online untuk pelbagai urusan bersama Kerajaan Negeri Kedah dan agensi-agensi seperti bayaran cukai tanah. Pengguna hanya perlu menggunakan telefon bimbit untuk mengimbas QR bil mereka atau membuat carian bil mereka dengan hanya menggunakan nombor kad pengenalan sebelum meneruskan pembayaran secara online.

Berikut adalah modul-modul utama yang ada di dalam sistem iBAYAQ ini:

  • Log masuk iBAYAQ oleh pemilik akaun
  • Daftar akaun iBAYAQ oleh pemilik akaun
  • Akaun iBAYAQ dan Sejarah Transaksi
  • Imbas QR bil
  • Carian bil
  • Paparan & Bayaran bil iBAYAQ
  • Resit online iBAYAQ

CARA DAFTAR iBAYAQ KEDAH

Sebagai pengguna kali pertama, anda seharusnya daftar terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan cara daftar:

  1. Layari pautan iBayaq: https://ibayaq.kedah.gov.my/
  2. Klik pada “Log Masuk” di “Laman Utama
  3. Seterusnya klik “Daftar Sini” untuk ke Halaman Pendaftaran
  4. Pengguna akan dibawa ke Halaman Pendaftaran. Masukkan maklumat berikut untuk pendaftaran:
  5. Pilih sama ada (no. kad pengenalan baru/no. kad pengenalan lama/no. syarikat)
  6. Pilih perkhidmatan (Bahagian Tanah / Bahagian Perumahan / Pinjaman Pendidikan SPPNK)
  7. Masuk email (pastikan email aktif)
  8. Masuk no. telefon bimbit (tanpa didahului dengan +6)
  9. Masuk kata laluan (Min 8 perkataan terdiri daripada nombor, huruf besar dan special character)
  10. Sah kata laluan (Min 8 perkataan terdiri daripada nombor, huruf besar dan specialcharacter)
  11. Setelah lengkap klik butang “Daftar
  12. Anda akan dibawa ke halaman OTP (One Time Password). Sila isi nombor OTP yang dihantar melalui SMS oleh sistem IBAYAQ ke nombor telefon bimbit yang berdaftar.
  13. Sekiranya pendaftaran berjaya, pengguna akan dibawa ke halaman log masuk.
    NOTA: Hanya nombor kad pengenalan atau nombor syarikat yang mempunyai hak milik tanah atau premis rumah dapat mendaftar dengan sistem iBAYAQ.

CARA LOGIN iBAYAQ

Setelah anda berjaya proses daftar seperti di atas, berikut adalah cara Login iBayaq:

  1. Layari pautan iBayaq: https://ibayaq.kedah.gov.my/
  2. Seterusnya klik “Log Masuk” di “Laman Utama”
  3. Pilih jenis pengenalan diri anda semasa daftar (no. kad pengenalan baru/no. kad pengenalan lama/no. syarikat)
  4. Masukkan nombor pengenalan diri dan kata laluan yang telah anda daftarkan
  5. Seterusnya tekan Log Masuk.
  6. Selesai, anda telah berjaya Log Masuk.

CARA GUNA iBAYAQ

Setelah anda berja log masuk, berikut adalah panduan menggunakan iBayaq:

1.Akaun iBayaq

  • Klik pada “Akaun Saya”
  • Anda boleh isi maklumat terkini seperti Alamat surat menyurat, Emel dan No. telefon. Klik “Kemaskini” untuk sahkan.
  • Anda juga boleh melihat “Sejarah Transaksi” di dalam Halaman Akaun Saya ini.

2.Imbas QR Code Bil

  • Klik pada “Imbas QR Code”
  • Imbas QR code bil pengguna dan paparan bil akan dipaparkan.
  • Anda digalakkan imbas QR code bil menggunakan Aplikasi QR Code Reader daripada telefon bimbit masing-masing untuk lebih mudah dan cepat.

3.Carian Bil

  • Klik pada “Carian Bil”
  • Anda boleh pilih jabatan mana yang ingin dibuat carian bil dan “Klik Di Sini”. Contoh seperti “Carian Bil Cukai Tanah”.
  • Seterusnya, pengguna masukkan nombor kad pengenalan, nombor syarikat atau nombor hak milik tanah. Kemudian klik “Cari Bil Anda”.
  • Senarai bil-bil anda akan dipaparkan beserta jumlah bayaran. Klik “Semak & Bayar” untuk bil yang anda ingin tahu maklumat lanjut.
  • Maklumat terperinci bil yang dipilih akan dipaparkan.

4.Bayaran Bil

  • Klik pada “Imbas QR Code” atau “Carian Bil” untuk melihat penyata bil
  • Maklumat penyata terperinci bil yang dipilih akan dipaparkan di bahagian atas halaman.
  • Pilih jenis bayaran yang dikehendaki pengguna seperti “Online Banking FPX”.
  • Sebelum klik “Bayar Sekarang”, pengguna wajib klik “Saya setuju bahawa semua maklumat di atas ialah benar” dan juga isi maklumat surat menyurat terkini, email dan nombor telefon.
  • Setelah pilih bank dan klik ““Bayar Sekarang”, pengguna akan dibawa ke halaman pengesahan bayaran sebelum dibawa ke halaman online bank yang dipilih pengguna.

5.Resit Bil Online Ibayaq

  • Setelah pembayaran berjaya dibuat, halaman Pembayaran Berjaya akan dipaparkan kepada pengguna.
  • Resit juga dihantar ke email pengguna. Resit juga boleh dimuatnaik oleh pengguna di
  • Halaman Pembayaran Berjaya ini, hanya klik “Cetak Resit”.

BACA JUGA DISINI : PERMOHONAN NIKAH ONLINE (BORANG NIKAH ONLINE SETIAP NEGERI)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BAGAIMANA VAKSIN COVID 19 BERFUNGSI (BAGAIMANA VAKSIN COVID-19 DIHASILKAN)