in

CARA DAFTAR RFID DI APLIKASI TOUCH N GO

CARA DAFTAR RFID DI APLIKASI TOUCH N GO

CARA DAFTAR RFID DI APLIKASI TOUCH N GO

Apa itu RFID?

TNG RFID ialah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat pengenalan frekuensi radio yang juga dikenali sebagai TNG RFID Tag untuk melalui tol.

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

CARA DAFTAR RFID DI APLIKASI TOUCH N GO

NOTA: Sebelum anda mendaftar RFID di aplikasi touch n go, pastikan anda telah mendaftar terlebih dahulu akaun touch n go. Sekiranya anda belum mendaftar akaun touch n go, sila rujuk CARA REGISTER TOUCH N GO GUNA IC

Sila buka aplikasi Touch n Go anda, Dihalaman utama touch n go anda akan dapati butang MORE sila tekan butang tersebut

Kemudian, anda dapat melihat All Services iaitu semua khidmat yang disediakan di aplikasi tersebut. cari butang RFID dan klik pada butang tersebut

Seterusnya, anda perlu tekan pada butang ACTIVATE RFID TAG dan anda akan dibawa ke laman Activation Form

Di Activation Form, anda akan diminta untuk melengkapkan maklumat anda iaitu anda perlu mengisi ruangan – ruangan berikut:

  • Full Name (as per IC / Passport)
  • Mobile Number
  • Email Address
  • ID Type (NRIC/MyKad)
  • ID Number
  • Nationality
  • Date of Birth
  • Gender
  • Address
  • City
  • State
  • Postcode
  • country

Setelah anda selesai mengisi Activation Form, sila tekan butang NEXT

Kemudian, anda akan ke bahagian Vehicle Details, iaitu anda perlu melengkapkan maklumat kenderaan anda yang akan mendaftar RFID.

Dibahagian Vehicle Number, sila masukkan nombor plate kenderaan anda. Seterusnya, tik pada bahagian “I am the owner…” dan klik butang NEXT

Kemudian, anda akan ke bahagian Vehicle Details, anda akan diminta untuk melengkapkan maklumat kenderaan anda dengan mengisi ruangan – ruangan berikut:

  • Car Type (jenis kereta)
  • Car Brand (brand kereta)
  • Car Model (model kereta)
  • Manufacturing Year (tahun dibuat)

Seterusnya, tik pada bahagian “I am the owner…” dan tekan pada butang REGISTER MY VEHICLE untuk mendaftar kereta anda dalam Touch N Go eWallet.

Kemudian, anda akan dibawa ke bahagian RFID Tag Number, yang memerlukan anda untuk menyalin semula Nombor Tag RFID yang terpapar pada gambar kad RFID pada aplikasi tersebut ke dalam ruangan RFID Tag Number.

Seterusnya, sila tanda pada kotak “I hereby agree…” iaitu terma dan syarat yang mengesahkan persetujuan anda mendaftar dan mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan

Akhir sekali, klik butang ACTIVATE NOW

Anda akan menerima SMS daripada Touch N Go yang menghantar 6 digit nombor OTP untuk diisi di ruangan Enter OTP

Seterusnya, sila tanda pada kotak “I hereby agree…” iaitu terma dan syarat yang mengesahkan persetujuan anda mendaftar dan mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan

Akhir sekali, klik butang ACTIVATE NOW Selesai!

[MAKLUMAT LANJUT]

Sebarang pertanyaan sila ke laman web rasmi RFID TNG = https://rfid.touchngo.com.my/main

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA SETUP RFID TOUCH N GO

RFID : CARA SETUP RFID TOUCH N GO