in

CARA GUNA RFID DI TOL

CARA GUNA RFID DI TOL

CARA GUNA RFID DI TOL

TNG RFID ialah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat pengenalan frekuensi radio yang juga dikenali sebagai TNG RFID Tag untuk melalui tol. Semasa kenderaan melalui tol, pengimbas overhed membaca frekuensi radio dari Tag RFID TNG dan mengenakan tambang. Teg RFID TNG akan dipautkan kepada Touch ‘n Go eWallet pengguna yang mana tambang akan dipotong. Hanya satu Tag RFID TNG boleh dipasang dan didaftarkan pada satu kenderaan. Anda tidak memerlukan telefon pintar untuk menggunakan Tag RFID TNG.

Walau bagaimanapun, anda perlu menggunakan telefon pintar untuk memautkan teg anda ke akaun Touch ‘n Go eWallet anda untuk menyelesaikan pembayaran. Anda masih boleh menggunakan kad SmartTAG dan Touch ‘n Go anda seperti biasa. Tag RFID TNG hanyalah satu pilihan untuk pembayaran tol dan tidak memberi kesan kepada kaedah pembayaran sedia ada di semua lorong tol lebuh raya. SmartTAG ialah peranti inframerah yang membaca kad pramuat anda dan melakukan transaksi tanpa sentuh apabila melalui tol.Tag RFID TNG menggunakan tag yang dipasang pada kereta anda dan diimbas semasa melakukan transaksi.

BACA JUGA: CARA DAFTAR RFID DI APLIKASI TOUCH N GO

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

CARA GUNA RFID DI TOL

Pastikan anda mempunyai baki duit dalam RFID yang mencukupi bagi memastikan urusan anda berjalan dengan lancar. Anda boleh semak baki duit RFID di Touch N Go eWallet dan di laman portal rasmi TNG RFID Portal = https://rfid.touchngo.com.my/main

Ketika anda berada di Exit Tol, anda perlu berada di laluan khas RFID yang mempunyai Signboard bertanda (RFID) berwarna Putih. Hal ini adalah kerana hanya dilaluan ini mempunyai pengimbas overhed membaca frekuensi radio dari Tag RFID TNG yang digunakan untuk mengenakan tambang.

pastikan anda memandu kenderaan anda dengan perlahan supaya pengimbas overhed berjaya membaca frekuensi radio dari Tag RFID TNG.

sistem di tol akan beroperasi dengan menaikkan palang dan membolehkan pemandu melalui melepasi Exit Tol jika Tag RFID TNG berjaya diimbas. Setelah itu, anda boleh meneruskan pemanduan anda. Begitu sahaja cara menggunakan Taf RFID TNG yang mudah dan pantas.

[MAKLUMAT LANJUT]

Sebarang pertanyaan sila ke laman web rasmi RFID TNG = https://rfid.touchngo.com.my/main

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA SETUP RFID TOUCH N GO

RFID : CARA SETUP RFID TOUCH N GO

CARA PASANG RFID DI KERETA

CARA PASANG RFID DI KERETA