in

CARA GUNA SETEL PETRONAS UNTUK ISI MINYAK DENGAN MUDAH DAN CEPAT

cara guna setel petronas

CARA GUNA SETEL PETRONAS

Setel adalah aplikasi mudah alih bayar, pam dan go yang membolehkan anda memperoleh sehingga 5x ganjaran di pam tanpa perlu turun dan menggunakan mesin kad kredit.

Setel berfungsi melalui sistem pembayaran berdasarkan GPS di mana anda membayar petrol anda di lebih daripada 740 stesen PETRONAS melalui aplikasi. Yang perlu anda buat hanyalah mengesahkan bahawa aplikasi tersebut mempunyai lokasi yang tepat, tekan nombor pam anda, dan kemudian beritahu aplikasi berapa banyak petrol yang anda mahukan.

BACA JUGA: MARA GRADUATE EXCELLENCE PROGRAMME(GREP) 2021(SYARAT DAN PANDUAN MEMOHON)

CARA INSTALL APP SETEL 

  1. klik install pada app Setel di google play store
  2. Setelah selesai download, open app Setel
  3. Anda perlu register sebagai pengguna app Setel, dengan memasukkan maklumat anda iaitu Isikan details nama penuh, nombor telefon, alamat email dan Password. Dibahagian Promo code masukkan KOD. Dengan menggunakan KOD ini, anda akan mendapat FREE RM5 selepas guna App Setel untuk isi minyak.
  4. Kemudian masukkan 6 digit kod pengesahan yang diberikan melalui sms nombor telefon anda.
  5. enable fungsi location pada app setel anda
  6. Langkah seterusnya, anda perlu create nombor pin bagi urusan anda di aplikasi Setel, masukkan sekali lagi nombor pin yang sama sebagai langkah keselamatan.
  7. Anda boleh aktifkan fingerprint anda setiap kali pembelian minyak di stesen. Jika berminat klik ‘TURN ON’. Kemudian confirm kan cap cari anda

CARA TOPUP E-WALLET SETEL

  1. klik pada pilihan Payments.
  2. Sekiranya anda memilih untuk topup secara Online Banking, tekan pada butang Online Banking dan pilin Amount yang anda ingin topup, pilih Bank anda dan klik Proceed dan selesai.
  3. Sekiranya anda memilih untuk topup secara debit/credit card, tekan pada butang debit/credit card dan isi butir kad kredit/debit anda iaitu nombor kad, tarikh luput dan nombor CVV. Akhirnya, tekan add dan anda boleh topup menggunakan kad anda
  4. Butir pembelian topup anda akan dipaparkan pada bahagian Balance Setel

CARA AKTIFKAN KAD MESRA DI APLIKASI SETEL

  1. klik pada Reward
  2. tekan pada Link Card
  3. isi butir nombor kad MESRA anda
  4. tunggu sehingga kad anda disambungkan
  5. setelah itu, tekan Continue
  6. kemudian, pergi kepada Reward semula
  7. dan tekan Activate Card
  8. Isi maklumat anda iaitu nombor IC
  9. tekan Activate
  10. tunggu sehingga kad anda selesai memproses
  11. tekan Done

CARA GUNA SETEL PETRONAS

  1. Untuk buat pembelian minyak di stesen minyak, klik Purchase Fuel
  2. Tekan Got it
  3. kemudian pilih nombor pam minyak
  4. anda perlu masukkan samaada harga minyak atau full tank
  5. Activate aplikasi anda dengan memasukkan 6 digits nombor pin anda atau menggunakan cap jari anda pada skrin telefon anda.
  6. Tunggu sehingga aplikasi anda selesai menghubung data internet
  7. Aplikasi anda akan memaparkan untuk mula mengisi minyak di kereta anda
  8. Isi minyak di kereta
  9. Selesai

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

E-Batal Maybank

E-Batal Maybank (Tukar Hak Milik Kereta Dan Motor Bila Habis Bayar Pinjaman Bank)

cara keluarkan duit tanpa kad atm

CARA KELUARKAN DUIT TANPA KAD ATM MAYBANK