in ,

CARA GUNA TEST KIT COVID AIR LIUR

CARA GUNA TEST KIT COVID AIR LIUR

CARA GUNA TEST KIT COVID AIR LIUR

berikut merupakan cara menggunakan test kit covid-19 berdasarkan ujian air liur

BACA JUGA: CARA NAK BELI TIKET BAS ONLINE (EASYBOOK, TBS, REDBUS, E-TICKETING, MUTIARA, SANI EXPRESS, PERDANA)

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

CARA GUNA TEST KIT COVID AIR LIUR

  1. buka penutup bekas reagen
  2. cantumkan corong dengan bekas reagen
  3. ludahkan air liur anda sehingga mencapai satu suku (1/4) bekas reagen, atau lebih
  4. keluarkan corong dan pasangkan penutup kepada bekas reagen
  5. tekan bekas reagen sebanyak 20 kali, kemudian goncangkan bekas reagen sebanyak 20 kali lagi. ini adalah untuk memastikan cecair dalam bekas reagen bercampur dengan baik
  6. selesai menggoncang bekas reagen, tetapkan pemasa dan tunggu selama 5 minit. selepas itu, titiskan 4 titik campuran reagen ke atas kit ujian. tetapkan pemasa selama 15 minit.

(Keputusan Negatif)
Satu garisan merah muncul di bahagian “C” dan tiada garisan merah muncul di bahagian “T”.

terus mengamalkan langkah-langkah pengurusan keselamatan yang sesuai serta menjaga kebersihan diri yang baik.

(Keputusan Positif)
Dua garisan merah yang berbeza muncul di bahagian “C” dan “T”.

Anda perlu mengunjungi fasiliti kesihatan berdekatan anda bagi menjalani ujian RT-PCR untuk pengesahan diagnosis.
Keputusan ujian juga boleh dilaporkan melalui aplikasi MySejahtera. Anda hanya perlu buka aplikasi MySejahtera > Tekan Helpdesk > Tekan Mula > Pilih pilihan F iaitu “Saya telah disahkan positif Covid-19 dan sedang menunggu untuk dihubungi oleh KKM”.

(Keputusan tidak sah)
Tiada garisan berwarna muncul, atau garisan merah muncul hanya pada bahagian “T”

Sila hubungi kedai farmasi atau klinik untuk sebarang pertanyaan

cara guna test kit

  • Ujian ini hanya boleh mengesan antigen SARS-CoV-2 dalam air liur manusia sahaja, bukan sampel lain.
  • Sekiranya prosedur dilakukan dengan salah, ia boleh menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Keputusan negatif palsu berlaku jika:
    kepekatan antigen dalam spesimen adalah di bawah had pengesanan ujian.
    spesimen tidak dikumpulkan dengan betul.
  • Keputusan positif tidak menolak kebarangkalian jangkitan patogen lain.
  • Oleh itu, disebabkan oleh keterbatasan ujian ini dalam julat pengesanan dan sensitiviti, ujian RTK-Antigen hanya boleh digunakan sebagai ujian saringan manakala ujian RT-PCR pula digunakan sebagai ujian pengesahan untuk menentukan kes COVID-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA NAK BELI TIKET BAS ONLINE (EASYBOOK, TBS, REDBUS, E-TICKETING, MUTIARA, SANI EXPRESS, PERDANA)

CARA NAK BELI TIKET BAS ONLINE (EASYBOOK, TBS, REDBUS, E-TICKETING, MUTIARA, SANI EXPRESS, PERDANA)