in

CARA KELUARKAN DUIT ASB SECARA ONLINE (MYASNB PENGELUARAN ONLINE)

CARA KELUARKAN DUIT ASB SECARA ONLINE (MYASNB PENGELUARAN ONLINE)

CARA KELUARKAN DUIT ASB SECARA ONLINE (MYASNB PENGELUARAN ONLINE)

Tabung unit amanah merupakan satu skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada orang ramai ke dalam tabung khas yang diuruskan oleh pengurus pelaburan profesional. Unit amanah ditubuhkan melalui satu surat ikatan yang telah dimeterai. Ia adalah satu perjanjian di antara pemegang amanah, pengurus dan pemegang unit. Surat Ikatan yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti menerangkan hak-hak, tanggungjawab dan liabiliti pemegang amanah dan pengurus.

Tabung unit amanah akan melabur dalam ekuiti, sekuriti berpendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan di bawah Garis panduan Tabung Unit Amanah. Pengurus tabung perlu mematuhi keperluan Surat Ikatan, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, Garis Panduan Tabung Unit Amanah dan undang-undang serta peraturan lain yang berkenaan. Juru audit bebas dilantik untuk menyediakan laporan akaun unit amanah setiap tahun.

Dalam pelaburan unit amanah terdapat yuran dan caj yang dikenakan kepada pelabur sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Caj secara langsung yang perlu dibayar adalah caj jualan/ perkhidmatan permulaan semasa urus niaga belian dan jualan unit dilakukan, yuran jualan balik dan caj perkhidmatan bagi pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Dalam menguruskan tabung unit amanah, terdapat beberapa yuran yang dikenakan seperti yuran pengurusan, yuran pemegang amanah, ganjaran juru audit, dan lain-lain yuran profesional, kos/caj dan perbelanjaan percetakan laporan tahunan dan baucer pengagihan pendapatan serta lain-lain perbelanjaan yang diperlukan dalam menguruskan unit amanah.

Anda dinasihatkan agar mempertimbangkan semua yuran dan caj yang dikenakan sebelum membuat pelaburan.

BACA JUGA: CARA NAK BUKA AKAUN ASB ONLINE (CARA DAFTAR MYASNB)

CARA KELUARKAN DUIT ASB SECARA ONLINE (MYASNB PENGELUARAN ONLINE)

  1. Buka aplikasi myAsnb
  2. log masuk pengguna
  3. tekan teruskan
  4. masukkan ID pengguna
  5. masukkan kata laluan
  6. klik teruskan
  7. pergi ke portfolio
  8. pilih transaksi
  9. pilih jualan balik
  10. masukkan bank details iaitu nama bank dan nombor akaun bank
  11. klik teruskan
  12. baca dan tandakan kotak pengisytiharan
  13. tekan seterusnya
  14. masukkan amoun
  15. tanda pada kotak pengisytiharan
  16. klik seterusnya
  17. semak semula butiran bank anda di notifikasi
  18. klik teruskan
  19. klik permintaan TAC dan isikan
  20. klik seterusnya
  21. selesai transaksi

RUJUKAN

sila pergi ke laman web rasmi myAsnb jika ada sebarang pertanyaan = (https://www.asnb.com.my/asnbv2_6contact.php#pejabatasnb)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA NAK BUKA AKAUN ASB ONLINE (CARA DAFTAR MYASNB )

CARA NAK BUKA AKAUN ASB ONLINE (CARA DAFTAR MYASNB )