in

CARA KELUARKAN DUIT KWSP UNTUK BAYAR PINJAMAN PELAJARAN

CARA KELUARKAN DUIT KWSP UNTUK BAYAR PINJAMAN PELAJARAN

CARA KELUARKAN DUIT KWSP UNTUK BAYAR PINJAMAN PELAJARAN

pengeluaran duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membayar pinjaman pelajaran tinggi boleh dilakukan dengan dua kategori iaitu samada anda ingin membuat pengeluaran mengikut jumlah tertentu yuran pengajian atau baki pinjaman pendidikan atau anda juga boleh mengeluarkan kesemua duit simpanan dalam Akaun 2 mengikut akaun mana yang mempunyai jumlah yang lebih rendah.

Duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh digunakan untuk membiayai yuran pengajian, caj yang dikenakan oleh institusi pengajian, jumlah baki pinjaman, yuran hostel atau penginapan, dan penerbangan sehala untuk pelajar tahun pertama yang belajar di luar negara.

BACA JUGA: DISKAUN SAMAN TRAFIK 50% BERMULA 1-12 NOVEMBER DI SELURUH KONTINJEN SABAH

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

CARA KELUARKAN DUIT KWSP UNTUK BAYAR PINJAMAN PELAJARAN

[Syarat kelayakan bagi memohon pengeluaran duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membayar pinjaman pelajaran tinggi]

  1. pelajar adalah warganegara Malaysia dan bukan warganegara,
  2. pelajar masih meneruskan atau telah menamatkan pengajian peringkat diploma atau setaraf dengannya seperti akademik/profesional/berasaskan kemahiran/vokasional,
  3. pelajar mestilah berumur 55 tahun ke bawah,
  4. pelajar sedang belajar di institusi dalam negara secara sepenuh masa, separuh masa, program jarak jauh dan francais atau pelajar belajar di institusi luar negara secara program sepenuh masa,
  5. pelajar juga mempunyai simpanan dalam Akaun 2, dan
  6. akhir sekali, pelajar merupakan Ahli/ Anak ahli yang berhenti/ gagal/ tidak tamat/ tarik diri dari pengajian dibenarkan.

Pelajar ini perlu menyelesaikan kesemua bayaran tunggakan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam tempoh 3 tahun dari penamatan pengajian; dan menyelesaikan baki pinjaman pendidikan dengan Institusi Pemberi Pinjaman (IPP)

[Kategori Pinjaman Pendidikan]

  1. Pengeluaran untuk diri sendiri bagi menyelesaikan baki pinjaman pendidikan anda
  2. Pengeluaran bersama dengan pasangan bagi menyelesaikan baki pinjaman pendidikan anak

Pengeluaran duit KWSP boleh dilakukan Setiap semester atau tahun pengajian dan mempunyai baki pinjaman pendidikan

[DOKUMEN YANG DIPERLUKAN]

  1. Borang KWSP 9H (AHL) dan senarai semak dokumen
  2. Dokumen Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  3. Borang KWSP 3 (Pindaan) [untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal]

[DOKUMEN TAMBAHAN]

Dokumen tambahan yang diperlukan bagi pengeluaran pendidikan untuk ahli atau anak ahli
Pengeluaran kali pertama dan kedua memerlukan dokumen sokongan yang mungkin berbeza bagi pembiayaan pendidikan ahli dan anak ahli. Jadi, ia amatlah penting untuk menyusun semua dokumen yang diperlukan bagi melancarkan proses permohonan.

(DIRI SENDIRI SEKIRANYA AHLI MASIH BELAJAR DAN PENGELUARAN KALI PERTAMA)

  • Surat pengesahan pendaftaran pelajar
  • Bukti kelayakan mengikuti pengajian
  • Surat kelulusan pengiktirafan kursus pengajian
  • Salinan keputusan peperiksaan terkini (tahun kedua dan seterusnya)
  • Perjanjian Pinjaman Pendidikan atas nama ahli hanya diperlukan sekiranya Perjanjian Pinjaman Pendidikan di antara majikan dan pekerja (Ahli)
  • Baki penyata pinjaman pendidikan terkini
  • Borang temuduga
  • Sekiranya Institusi Pemberi Pinjaman adalah Koperasi
    Sijil Pendaftaran Koperasi
  • Sekiranya nama kursus atau nama institut pengajian tinggi berbeza antara sijil akademik dan penyata baki pinjaman / perjanjian pinjaman / surat tawaran
    Surat penjelasan dari pihak institusi pengajian tinggi

(DIRI SENDIRI SEKIRANYA AHLI MASIH BELAJAR DAN PENGELUARAN SETERUSNYA)

  • Surat pengesahan pendaftaran pelajar
  • Surat kelulusan pengiktirafan kursus pengajian
  • Baki penyata pinjaman pendidikan terkini

(DIRI SENDIRI SEKIRANYA AHLI TELAH MENAMATKAN PENGAJIAN DAN PENGELUARAN KALI PERTAMA)

  • Perjanjian Pinjaman Pendidikan atas nama ahli hanya diperlukan sekiranya Perjanjian Pinjaman Pendidikan di antara majikan dan perkerja (Ahli)
  • Baki penyata pinjaman pendidikan terkini
  • Sekiranya Institusi Pemberi Pinjaman adalah Koperasi
    Sijil Pendaftaran Koperasi
  • Sekiranya nama kursus atau nama institut pengajian tinggi berbeza antara sijil akademik dan penyata baki pinjaman / perjanjian pinjaman / surat tawaran
    Surat penjelasan dari pihak institusi pengajian tinggi

(DIRI SENDIRI SEKIRANYA AHLI TELAH MENAMATKAN PENGAJIAN DAN PENGELUARAN SETERUSNYA)

  • Baki penyata pinjaman pendidikan terkini

(ANAK AHLI SEKIRANYA MASIH BELAJAR DAN PENGELUARAN KALI PERTAMA)

  • Surat pengesahan pendaftaran pelajar
  • Bukti kelayakan mengikuti pengajian
  • Surat kelulusan pengiktirafan kursus pengajian
  • Salinan keputusan peperiksaan terkini (tahun kedua dan seterusnya)
  • Perjanjian Pinjaman Pendidikan atas nama ahli hanya diperlukan sekiranya Perjanjian Pinjaman Pendidikan di antara majikan dan pekerja (Ahli) pendaftaran pelajar
  • Baki penyata pinjaman pendidikan terkini
  • Borang temuduga
  • Sekiranya Institusi Pemberi Pinjaman adalah Koperasi
    Sijil Pendaftaran Koperasi
  • Sekiranya nama kursus atau nama institut pengajian tinggi berbeza antara sijil akademik dan penyata baki pinjaman/ penjanjian pinjaman/ surat tawaran
    Surat penjelasan dari pihak institut pengajian tinggi
  • Kad pengenalan anak ahli
  • Sijil kelahiran anak ahli/ sijil nikah/ perkahwinan (jika anak tiri)/ sijil pendaftaran anak angkat dari Jabatan Pendaftaran Negara (jika anak angkat)

(ANAK AHLI SEKIRANYA MASIH BELAJAR DAN PENGELUARAN SETERUSNYA)

  • Surat pengesahan pendaftaran pelajar
  • Surat kelulusan pengiktirafan kursus pengajian
  • Baki penyata pinjaman pendidikan terkini

(ANAK AHLI SEKIRANYA TELAH MENAMATKAN PENGAJIAN DAN PENGELUARAN KALI PERTAMA)

  • Baki penyata pinjaman pendidikan terkini
  • Sekiranya Institusi Pemberi Pinjaman adalah Koperasi
    Sijil Pendaftaran Koperasi
  • Sekiranya nama kursus atau nama Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berbeza antara sijil akademik dan penyata baki pinjaman/ penjanjian pinjaman/ surat tawaran
    Surat penjelasan dari pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
  • Kad pengenalan anak ahli
  • Sijil Kelahiran Anak Ahli/Sijil Nikah/Perkahwinan (jika anak tiri)/Sijil Pendaftaran anak angkat dari Jabatan Pendaftaran Negara (jika anak angkat)

(ANAK AHLI SEKIRANYA TELAH MENAMATKAN PENGAJIAN DAN PENGELUARAN SETERUSNYA)

  • Baki penyata pinjaman pendidikan terkini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DISKAUN SAMAN TRAFIK 50% BERMULA 1-12 NOVEMBER DI SELURUH KONTINJEN SABAH

DISKAUN SAMAN TRAFIK 50% BERMULA 1-12 NOVEMBER DI SELURUH KONTINJEN SABAH

CARA REGISTER TOUCH N GO GUNA IC