in

CARA KELUARKAN DUIT SSPN (DI KAUNTER BANK ATAU KAD ATM)

CARA KELUARKAN DUIT SSPN (DI KAUNTER BANK ATAU KAD ATM)

CARA KELUARKAN DUIT SSPN (DI KAUNTER BANK ATAU KAD ATM)

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar” di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.

BACA JUGA: CARA KELUARKAN DUIT ASB ONLINE

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

CARA KELUARKAN DUIT SSPN (DI KAUNTER BANK ATAU KAD ATM)

[KAUNTER BANK]

  1. pergi ke kaunter PTPTN berhampiran kawasan anda, dan minta Borang Pengeluaran dari mereka
  2. Isi Borang Pengeluaran tersebut yang meminta nombor akaun bank anda
  3. kemudian selesai mengisi borang tersebut, anda perlu serahkannya kepada pegawai di kaunter PTPTN
  4. Duit SSPN itu kemudiannya akan dipindahkan ke akaun dalam masa yang ditetapkan

[KAD ATM BANK ISLAM]

  1. pergi ke cawangan Bank Islam berhampiran kawasan anda bagi menghubungkan akaun SSPN-i anda dengan akaun BIDC-i
  2. anda perlu membawa kad pengenalan, atau kad polis atau kad askar bagi tujuan pendeposit BIDC-i
  3. anda perlu mengisi Borang Penyambungan Akaun SSPN-i dan serahkannya semula kepada pegawai Bank Islam
  4. setelah itu, anda berjaya menyambungkan kad Bank Islam dengan akaun SSPN anda
  5. kemudian, anda perlu pergi ke mesin ATM untuk membuat pengeluaran duit
  6. masukkan kad Bank Islam anda, dan masukkan pin keselamatan anda
  7. klik teruskan
  8. pilih SSPN
  9. dan pilih Pengeluaran tunai
  10. anda akan dicas RM0.50 untuk proses pengeluaran wang tunai akaun SSPN
  11. klik teruskan dan selesai

[KAD ATM BANK RAKYAT]

  1. pergi ke ATM Bank Rakyat berhampiran kawasan anda
  2. masukkan kad Bank Rakyat anda, dan masukkan pin keselamatan anda
  3. klik teruskan
  4. pilih SSPN
  5. dan pilih Pengeluaran tunai
  6. anda akan dicas RM0.50 untuk proses pengeluaran wang tunai akaun SSPN
  7. klik teruskan dan selesai

[Syarat Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan Ke atas Simpanan SSPN i:]

Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan SSPN-i:

Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN-i untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa;

Ibu bapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 seorang setahun;

Ibu bapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun; dan

Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan taksiran cukai.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CARA KELUARKAN DUIT ASB ONLINE

CARA KELUARKAN DUIT ASB ONLINE

CARA NAK TUKAR SUARA WAZE