in , ,

CARA MEMOHON RUMAH IKRAM KPKT RM124 SEWA BULANAN

cara mohon rumah

CARA MEMOHON RUMAH IKRAM KPKT RM124 SEWA BULANAN

Inisiatif ini merupakan inisiatif Kerajaan dalam penyediaan kediaman yang berdaya huni dan selamat khusus kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dan kehilangan tempat berteduh kesan pandemik COVID-19 akibat pelbagai faktor seperti kehilangan pendapatan, kekurangan pendapatan serta kehilangan pekerjaan sehingga tidak lagi mampu membayar sewa yang tinggi, dihalau keluar dari rumah sewa dan seumpamanya.

BACA JUGA: TARIKH BAYARAN GKP 4.0 BULAN NOVEMBER 2021

CARA MEMOHON RUMAH IKRAM KPKT

  1. sila ke laman web rasmi TEDUH (https://teduh.kpkt.gov.my/project)
  2. klik pada pilihan “semua skim” dan pilih Rumah IKRAM KPKT
  3. Pilih rumah PPR yang diingini.
  4. Klik butang Mohon Di Sini
  5. Buat permohonan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.

TUJUAN
Memberikan perlindungan melalui penyediaan kediaman yang berdaya huni, selesa dan selamat kepada rakyat yang kehilangan tempat tinggal akibat COVID-19 dan Menyediakan kemudahan insentif melalui sewaan yang percuma selama enam (6) bulan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat;

PROJEK
Projek yang terlibat adalah seperti berikut:

  • PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur
  • PPR Lembah Subang 2, Selangor
  • PPR Amanjaya, Kedah
  • PPR Kota Setar, Kedah
  • PPR Sinar Intan 3, Kedah
  • PPR Kota Bharu, Kelantan
  • PPR Gua Musang, Kelantan
  • PPR Sg. Melana 2, Johor

Ciri-ciri PPR

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    Surau/Ruang Solat
    Gerai Makan/Ruang Niaga
    Tadika
    Kemudahan OKU
    Taman Permainan/Kawasan Lapang
    Rumah Sampah

Syarat-Syarat Permohonan

Golongan B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan memenuhi syarat-syarat seperti di bawah :-

  1. Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia;
  2. Pemohon berumur 18 tahun dan keatas;
  3. Tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya; dan
  4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan

sebarang pertanyaan sila layari laman web (https://teduh.kpkt.gov.my/helpdesk)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan Pakej Penjagaan Covid-19 PPC Untuk Golongan B40

Permohonan Pakej Penjagaan Covid-19 PPC Untuk Golongan B40

cara permohonan kad pengenalan

CARA PERMOHONAN KAD PENGENALAN ONLINE