Cara Menggunakan Google Classroom Untuk Murid ( Cara Log-In Untuk Kali Pertama)
Panduan Lengkap Untuk Murid Menggunakan Google Classroom
CARA LOGIN GOOGLE CLASSROOM UNTUK MURID (PERTAMA KALI)
Walaupun PdPR telah bermula sejak Januari, mungkin ada sekolah/institusi pengajian tinggi yang baru menggunakan Google Classroom sebagai medium pembelajaran.
Ramai yang mengalami masalah untuk log masuk ke Google Classroom.Di sini kami kongsikan cara login Google Classroom untuk panduan ibu bapa dan pelajar di rumah untuk pertama kali.
Cara Login Google Classroom Untuk Pelajar / Ibu Bapa
- Sila taipkan ‘Google Classroom’ di enjin carian Google atau terus klik ke pautan berikut GC : https://classroom.google.com/
- Untuk memastikan anda tidak log masuk menggunakan e-mel Google sedia ada, sila klik Log Keluar
- Kemudian barulah kita log masuk semula. Klik Log Masuk
- Pilih Add Account
- Masukkan ID google Classroom yang diberikan oleh guru masing-masing
- Contoh e-mel pelajar : [email protected]
- Contoh password murid = Beckham12345678
(ID sekolah ialah sekolah-2021, jadi belakang password ialah s2021) - Kemudian klik Next untuk meneruskan
- Masukkan Password yang sama tadi dan klik butang Sign In
- Kini anda boleh mengakses semua tugasan mengikut subjek melalui Google Classroom.
- Sekiranya anda perlu masukkan Class Code, sila minta Class Code anda dengan guru anda.
Cara Log Masuk Ke Google Classroom (Panduan Bergambar)
Sila rujuk panduan bergambar di bawah:
Mula-mula, pergi ke pautan Google Classroom di https://classroom.google.com/ atau melalui enjin carian seperti bawah.
Sila pilih Use Another Account untuk menambah akaun yang diberikan oleh pihak sekolah/universiti.
PENTING: Jangan terus log masuk menggunakan akaun Google / Gmail anda yang sedia ada ya!
Tekan simbol macam dalam kotak merah di bawah ni.
Nanti akan keluar paparan macam ni.
Masukkan e-mel dan password yang dibekalkan oleh guru masing-masing.
Selepas berjaya login, anda akan dibawa ke Paparan ini.
Kini anda bolehlah mengakses bahan pembelajaran yang dibekalkan oleh guru masing-masing.
Sekiranya anda perlu masukkan Class Code, sila minta Class Code anda dengan guru anda.
Selesai..
Baca Juga Disini : Kalendar Kuda Tahun 2022 Malaysia (Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Malaysia 2022 Pdf)