in

CARA MOHON BANTUAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI RM60000

CARA MOHON BANTUAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI RM60000

CARA MOHON BANTUAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI RM60000

Skim Pinjaman Perumahan (SPP) diuruskan melalui akaun tabung amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Bagi Golongan Berpendapatan Rendah. Kumpulan Wang ini telah diluluskan pada 17 Disember 1975 di bawah Akta Acara Kewangan 1957 (pindaan 1972) dan mula berkuatkuasa pada tahun 1976. SPP diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri.

  • Skim ini adalah salah satu usaha Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pembinaan rumah supaya golongan ini sekurang-kurangnya mempunyai sumber untuk memiliki rumah sendiri.
  • Melalui kemudahan ini pihak Kerajaan dapat memberi bantuan untuk persediaan tempat kediaman yang bersesuaian dan memuaskan dalam usaha untuk meninggikan taraf kehidupan golongan ini

BACA JUGA: CARA MOHON KASIH SURI KELUARGA MALAYSIA

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

CARA MOHON BANTUAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI RM60000

[SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON BANTUAN]

  1. Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 hingga 70 tahun
  3. Bekerja dan mempunyai pendapatan
  4. Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
  5. Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
  6. Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan
  7. Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat

[SYARAT PINJAMAN]

  • Had Pinjaman Maksimum RM60,000.00 (tidak termasuk perlindungan insuran)
  • Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
  • Caj perkhidmatan 2% ke atas pinjaman.
  • Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran, Jabatan
  • Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina

[SYARAT PINJAMAN GENERASI KEDUA]

  1. Pilihan pinjaman 2 generasi bagi pemohon yang berumur 45 tahun hingga 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 hingga 35 tahun, berpendapatan minimum RM1000.00 dan bukan kakitangan kerajaan.
  2. Perlindungan insuran hanya untuk generasi kedua sahaja
  3. Generasi ke-2 mestilah anak kandung kepada pemohon

[SYARAT CAGARAN TANAH]

  • Mencagar tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah.
  • Nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman.
  • Bagi tanah milikan secara pajakan, perlu mematuhi syarat berikut;
  • Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun.
  • Mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri

[SYARAT PEMBINAAN RUMAH]

  1. Rumah kos rendah – keluasan lantai 700 – 1,000 kaki persegi, sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.
  2. Diberi pilihan untuk menggunakan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) SAHAJA.
  3. Pemohon TIDAK boleh menggunakan pelan sendiri
  4. Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
  5. Perlantikan kontraktor diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut:-
  6. Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN;
  7. Mempunyai Pendaftaran Syarikat atau Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah;
  8. Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000
  9. Memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan

[MAKLUMAT LANJUT]

sebarang kekeliruan, sila layari laman web rasmi Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan = (https://ehome.kpkt.gov.my/)

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4, 62100 Putrajaya

Pertanyaan Program
Skim PPR :
03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan
03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)

Teknikal / Masalah Sistem
Tel: 03-8891 4475
Email: [email protected]
Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta
Tel: 03-8891 4200

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA MOHON KASIH SURI KELUARGA MALAYSIA

CARA MOHON KASIH SURI KELUARGA MALAYSIA