in ,

CARA MOHON BANTUAN KUARANTIN COVID 19 RM100 SEHARI

CARA MOHON BANTUAN KUARANTIN COVID-19 RM100 SEHARI

CARA MOHON BANTUAN KUARANTIN COVID-19 RM100 SEHARI

RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded). Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one- off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

BACA JUGA: KEMASKINI TARIKH LAHIR MYSEJAHTERA : CARA UPDATE STATUS VAKSINASI LENGKAP

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN 

  1. Menerima Perintah Kuarantin COVID-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia (Annex14/Annex 17) di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
  2. Menjalani rawatan COVID-19 di wad hospital (Discharge Note / Medical Certificate).
  3. Hanya bagi mereka yang dikuarantin/dirawat sebelum atau pada 31 Mac 2022 sahaja layak memohon.
  4. Kuarantin/rawatan yang bermula pada 1 April 2022 adalah tidak layak.
  5. Tarikh akhir permohonan perlu sampai ke NADMA: Sebelum atau pada 30 April 2022. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh ini adalah tidak layak dan tidak akan diproses.

bantuan kuarantin rm100

PEMOHON YANG TIDAK LAYAK

  1. Bukan Warganegara Malaysia
  2. Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
  3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

CARA MOHON BANTUAN KUARANTIN COVID-19 RM100 SEHARI

  1. Muat turun dokumen-dokumen ini di laman web rasmi Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri (http://www.nadma.gov.my/ms/bantuan-khas/bantuan-khas-covid-19)
  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A)

Muat Turun Borang Lampiran A disini : Borang Lampiran A.pdf

  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)

Muat Turun Borang Lampiran B disini : Borang Lampiran B.pdf

  • Bagi pemohon yang tiada akaun bank sendiri: Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C), muka depan penyata bank waris dan salinan kad pengenalan waris.

Muat Turun Borang Lampiran C disini : Borang Lampiran C.pdf

  • Mohon pastikan borang dan dokumen yang dihantar jelas, terang dan boleh dibaca. Permohonan tidak dapat diproses sekiranya maklumat tidak jelas
  • Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:Hantar permohonan lengkap;melalui pos kepada;

    Ketua Pengarah
    Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
    Jabatan Perdana Menteri
    Aras 7, Blok D5, Kompleks D
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62502 PUTRAJAYA

    (u.p. : Sekretariat Bantuan Khas COVID-19)
    Secara online di: https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/

    ***Mohon pastikan Borang Akuan Kehilangan Pendapatan dilengkapkan dengan pengesahan saksi. Bagi pemohon yang menggunakan HSO MySejahtera mohon dapatkan pengesahan PKD/CAC. Borang dan dokumen yang dihantar mestilah jelas, terang dan boleh dibaca. Permohonan tidak dapat diproses sekiranya maklumat tidak jelas. Permohonan berserta dokumen-dokumen lengkap yang dipos/secara online akan terus diproses secara fast track dan tidak memerlukan semakan silang dengan data KKM Putrajaya.

Nota: Permohonan dan dokumen Asal KKM yang dipos akan terus diproses secara fast track dan tidak memerlukan semakan silang dengan data KKM. Permohonan melalui email/online akan melalui proses semakan data KKM.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1) Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)

2) Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)

3) Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):

Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian:

  • Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan
  • b. Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)

Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19 (warded)

  • Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.

4) Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)

5) Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)

** sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.

CARA BAYARAN

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

PENAFIAN

NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMAKAN STATUS PENGELUARANKHAS KWSP

SEMAKAN STATUS PENGELUARANKHAS KWSP 2022 ONLINE

BONUS RAYA PENJAWAT AWAM

BONUS RAYA PENJAWAT AWAM : SEMAKAN TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI