in ,

CARA MOHON BANTUAN WARGA EMAS RM500 SEBULAN

CARA MOHON BANTUAN WARGA EMAS RM500 SEBULAN

CARA MOHON BANTUAN WARGA EMAS RM500 SEBULAN

Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

[KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS]

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup
  • tiada keluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan.
  • Warga emas yang bukan tinggal  di
  1.  Institusi kendalian JKM; atau
  2.  Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma
  •  Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Berapakah Kadar Bantuan Warga Emas?

RM500 Sebulan seorang

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

BACA JUGA: SENARAI PELEPASAN CUKAI EFILLING 2022

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

CARA MOHON BANTUAN WARGA EMAS RM500 SEBULAN

Permohonan boleh dibuat dengan hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Biahagian di mana pemohon tinggal. Sekiranya pemohon menghadapi kesukaran untuk hadir ke pejabat, permohonan boleh dibuat menerusi surat, telefon atau email.

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

[DOKUMEN YANG DIPERLUKAN]

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:

  1. Kad Pengenalan diri pemohon
  2. salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. salinan penyata gaji (jika ada)
  5. gambar berukuran passport 
  6. lain-lain dokumen yang berkaitan.

[BORANG YANG BERKAITAN]

[MAKLUMAT LANJUT]

Sebarang pertanyaan sila ke laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat = https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/index&id=YWpnMStLRm1RdzVNUTM1NVpZWnd4dz09

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SENARAI PELEPASAN CUKAI EFILLING 2022

SENARAI PELEPASAN CUKAI EFILLING 2022