in ,

CARA MOHON BINGKAS SELANGOR :BANTUAN RM300 SEBULAN UNTUK IBU TUNGGAL

CARA MOHON BINGKAS SELANGOR :BANTUAN RM300 SEBULAN UNTUK IBU TUNGGAL

CARA MOHON BINGKAS SELANGOR :BANTUAN RM300 SEBULAN UNTUK IBU TUNGGAL

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari membentangkan tentang inisiatif bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT). Bantuan yang memperuntukkan sejumlah RM3,600 setahun atau RM300 sebulan untuk golongan keluarga dan ibu tunggal yang layak itu adalah inisiatif baru yang akan disalurkan dan dilaksanakan di bawah program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).

Sebanyak 30,000 keluarga di Selangor akan menerima manfaat Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dengan peruntukan RM108 juta dari pihak kerajaan Selangor. Bantuan ini boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti dari membeli barang keperluan rumah, membayar yuran dan juga pendidikan anak-anak serta menyara kehidupan keluarga mereka atau keluarga ibu tunggal.

Sebelum ini, pada tahun 2021, penerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS-IT) yang sedia ada adalah seramai 21,000 orang serta 9,000 orang tambahan penerima akan menikmati manfaat Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang dijangka bermula pada Februari 2022.

Sementara itu, kerajaan negeri Selangor juga akan memperuntukkan sejumlah RM27.5 juta kepada 402,000 orang yang mendaftar sebagai ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE). Menurut Amirudin, mereka yang mendaftar sebagai ahli skim SMUE akan mendapat manfaat baucer beli-belah RM100 pada bulan kelahiran dan juga khairat kematian bernilai RM500.

BACA JUGA: CARA MOHON KV ATAU SMT :PANDUAN DAFTAR KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SESI 2022/2023

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

CARA MOHON BINGKAS SELANGOR :BANTUAN RM300 SEBULAN UNTUK IBU TUNGGAL

NOTA: Untuk maklumat anda, buat masa ini kami masih belum mendapat sebarang maklumat berkenaan cara untuk membuat permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) . Jika kami mendapat sebarang maklumat tambahan yang terkini mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), kami akan segera mengemas kini laman web ini untuk kegunaan anda pada masa yang akan datang iaitu dijangka pada tahun 2022.

[SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA SELANGOR (BINGKAS)]

  1. Berdaftar sebagai pemohon BSH/BPR dibawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih.Warganegara Malaysia
  2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor lebih dari 10 tahun
  3. Pemilih berdaftar di negeri Selangor
  4. Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu unggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 tahun atau di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi.
  5. Pendapatan isi rumah bawah RM2000 sebulan.

[TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA SELANGOR (BINGKAS)]

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang dijangka bermula pada Februari 2022.

[MAKLUMAT LANJUT]

maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) = (https://www.kiss.com.my/) bagi sebarang pertanyaan mengenai Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA MOHON KV ATAU SMT :PANDUAN DAFTAR KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SESI 2022/2023

CARA MOHON KV ATAU SMT :PANDUAN DAFTAR KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SESI 2022/2023

BORANG EHEALTH SARAWAK :CARA ISI ONLINE PENGISYTIHARAN KESIHATAN (EHDF) UNTUK MASUK KE SARAWAK

BORANG EHEALTH SARAWAK :CARA ISI ONLINE PENGISYTIHARAN KESIHATAN (EHDF) UNTUK MASUK KE SARAWAK