in

CARA MOHON DAN DAFTAR KAD OKU DIGITAL (MYDAFTAR KAD OKU)

CARA MOHON DAN DAFTAR KAD OKU DIGITAL (MYDAFTAR KAD OKU)

CARA MOHON DAN DAFTAR KAD OKU DIGITAL (MYDAFTAR KAD OKU)

[OBJEKTIF PENDAFTARAN]

Pendaftaran OKU adalah bertujuan seperti berikut:
Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program dan perkhidmatan berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi serta latihan;
Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU; dan
Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian/ketidakupayaan mereka.

BACA JUGA: SENARAI BANTUAN UNTUK PENIAGA BAJET 2022 (SKIM SEMARAK NIAGA)

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

CARA MOHON DAN DAFTAR KAD OKU DIGITAL (MYDAFTAR KAD OKU)

  1. sila ke laman web rasmi MyDaftar OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) = (https://oku.jkm.gov.my/myDaftarOku) bagi membuat pendaftaran

[DEFINISI OKU]
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat”.

JENIS PENDAFTARAN

[PENDAFTARAN BAHARU]

Pendaftaran baharu adalah permohonan pendaftaran OKU dibuat kali pertama. Permohonan pendaftaran memerlukan dokumen seperti berikut:
i. Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya Pindaan 2019 (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) sahaja atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR) sahaja samada dari hospital/klinik kerajaan atau hospital/ klinik swasta;
ii. Satu (1) salinan sijil kelahiran/ MyKid/ MyKad;
iii. Satu (1) keping gambar berukuran pasport bagi pemegang Sijil Kelahiran/ MyKid.

[PENDAFTARAN SEMULA]

Pendaftaran semula adalah pendaftaran yang dibuat semula bagi pemegang Kad OKU lama yang berdaftar sebelum tahun 2011. Pemohon perlu melengkapkan BPPOKU Pindaan 2019.
Pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan adalah diperlukan bagi kes-kes seperti berikut sahaja:
Semua kategori OKU yang tidak dinyatakan sub kategori di mana-mana laporan bertulis. Maklumat diperlukan bagi tujuan mengemaskini sub kategori dalam Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU);
OKU fizikal yang mempunyai ketidakupayaan yang tidak jelas

[PERUBAHAN KATEGORI DAN SUB KATEGORI OKU]

Bagi perubahan kategori / sub kategori OKU pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register (NSR) dari Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/ Klinik Swasta.

[PENGGANTIAN KAD]

Permohonan penggantian Kad OKU adalah untuk keadaan seperti berikut:
Kad OKU rosak/ hilang
Perubahan alamat di mana pemohon perlu menguruskan pertukaran alamat dalam Kad Pengenalan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pertukaran pada Kad OKU; dan
Cetakan sub kategori pembelajaran pada Kad OKU bagi OKU pembelajaran yang telah dinyatakan sub kategori dalam SMOKU atau di mana-mana laporan bertulis

Penggantian Kad tidak memerlukan pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SENARAI BANTUAN UNTUK PENIAGA BAJET 2022 (SKIM SEMARAK NIAGA)

SENARAI BANTUAN UNTUK PENIAGA BAJET 2022 (SKIM SEMARAK NIAGA)

CARA BELI IPAD IPHONE APPLE HARGA STUDENT 2022

CARA BELI IPAD IPHONE APPLE HARGA STUDENT 2022