in ,

CARA MOHON IFITRI 2022 BANTUAN DANA HARI RAYA UNTUK B40 M40

CARA MOHON IFITRI 2022 BANTUAN DANA HARI RAYA UNTUK B40 M40

CARA MOHON IFITRI 2022 BANTUAN DANA HARI RAYA UNTUK B40 M40

Belanjawan Terengganu 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Darul Iman. Mengumumkan bahawa bantuan dana raya i-Fitri kepada golongan isi rumah yang tergolong dalam kategori B40 dan sebahagian kumpulan M40. Inisiatif ini dapat membantu lebih 115,000 penerima.

BACA JUGA: LANGKAH DAFTAR MOHON PROGRAM KASIH SURI KELUARGA MALAYSIA

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

CARA MOHON IFITRI 2022 BANTUAN DANA HARI RAYA UNTUK B40 M40

NOTA: Bantuan Dana Hari Raya i-Fitri akan dikuatkuasakan pada tahun 2022 dan cara permohonan bantuan berikut akan dikemaskini setelah kami mendapat maklumat mengenainya. Akan tetapi, tarikh bayaran bantuan i-Fitri telah ditentukan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa bantuan ini akan disalurkan kepada mereka yang layak ketika Hari Raya Aidilfitri 2022 (dijangka dalam lingkungan bulan Mei 2022).

Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terdapat kadar bayaran yang telah ditetapkan iaitu sebanyak RM400 akan diberikan kepada 31,500 isi rumah miskin iaitu rakyat yang tergolong dalam golongan B40 yang layak. Selain itu, sebanyak RM250 akan diberikan kepada 83,500 isi rumah yang berpendapatan diantara RM2,500 hingga RM5,000 atau dikenali sebagai golongan M40 yang layak. Serta, bantuan ini hanya terhad untuk rakyat negeri Terengganu yang layak dan diharapkan bantuan-bantuan yang diumumkan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya bagi memenuhi keperluaan rakyat negeri Terengganu Darul Iman.

  • RM400 untuk 31,500 golongan B40 yang layak
  • RM250 untuk 83,500 golongan M40 yang layak

Bantuan ini diharapkan dapat menyokong kewangan B40 dan sebahagian isi rumah M40 supaya dapat meraikan aidilfitri dengan lebih meriah dan berkat setelah 2 tahun menyambutnya dengan penuh keterbatasan. Bantuan ini juga merupakan Belanjawan Terengganu 2022 bertemakan ‘Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua’

Lain-lain bantuan yang dibentangkan adalah:

  1. Bantuan tunai ‘one-off ‘bernilai RM150 kepada 6,000 isteri ketua isi rumah berdaftar dengan e-Kasih dan ibu tunggal berpendapatan di bawah RM2,500.
  2. Bantuan tunai ‘one-off’ bernilai RM150 kepada 66,400 belia bujang berumur antara 18 hingga 39 tahun dan 21,800 mahasiswa daripada isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.
  3. Bantuan tunai one-off bernilai RM150 kepada 8,900 orang kurang upaya (OKU) daripada isi rumah berpendapatan RM4,00 dan ke bawah.
  4. Bantuan tunai ‘one-off’ bernilai RM150 untuk Imam dan Bilal Skim Mubaligh kepada 150 penerima.
  5. Pemberian pencen rakyat warga emas bernilai RM600 kepada hampir 21,700 penerima.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

LANGKAH DAFTAR MOHON PROGRAM KASIH SURI KELUARGA MALAYSIA

LANGKAH DAFTAR MOHON PROGRAM KASIH SURI KELUARGA MALAYSIA

CARA MOHON SEKOLAH KHUSUS PKSK SESI KEMASUKAN 2022

CARA MOHON SEKOLAH KHUSUS PKSK SESI KEMASUKAN 2022