in

CARA MOHON KASIH SURI KELUARGA MALAYSIA

CARA MOHON KASIH SURI KELUARGA MALAYSIA

CARA MOHON KASIH SURI KELUARGA MALAYSIA

pada tahun 2022 menurut Bajet 2022 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz. Program Kasih Suri akan dilaksanakan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi memberi bantuan kepada kumpulan suri rumah terutamanya mereka yang dari golongan B40 sekiranya mereka ditimpa musibah atau sesuatu yang tidak diingini.

BACA JUGA: APA MAKSUD KATEGORI B40 M40 T20 SELURUH NEGERI DI MALAYSIA

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

CARA MOHON KASIH SURI KELUARGA MALAYSIA

NOTA: Program Kasih Suri akan dikuatkuasakan pada tahun 2022 dan cara pendaftaran serta permohonan program berikut akan dikemaskini setelah kami mendapat maklumat mengenainya. Sebarang pertanyaan, anda boleh terus menghubungi pihak PERKESO = (https://www.perkeso.gov.my/hubungi-kami/pertanyaan/borang-maklumbalas.html)

Permohonan untuk memperoleh bantuan Program Kasih Suri adalah sama seperti Skim lain dibawah khidmat Perkeso.

Walaubagaimanapun, sekiranya kumpulan suri rumah atau pencarum telah terlibat dengan kemalangan atau musibah, mana-mana ahli keluarga terdekat, atau jiran, atau sahabat handai boleh segera memberitahu kejadian tersebut kepada pihak Perkeso supaya suri dapat diberi bantuan dengan segera tanpa perlu membuat permohonan terlebih dahulu.

Antara bentuk kemalangan atau musibah yang diterima oleh pihak Perkeso sebagai syarat kelayakan adalah kemalangan yang berlaku ketika suri rumah melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh baju, pergi ke pasar dan lain-lain.

Menurut Ketua Cawangan Skuad Prihatin dan Sinergi, Ismail Abi Hashim. jika pemohon memenuhi syarat dibawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia, mereka boleh memperoleh bantuan di bawah mana-mana daripada dua skim program tersebut iaitu Skim Hilang Upaya dan Skim Keilatan.

(SKIM HILANG UPAYA)

Skim Hilang Upaya adalah skim yang memberi bantuan perubatan, elaun layanan sentiasa dan kemudahan pemulihan jasmani dan vokasional bagi pemohon yang menghidapi hilang upaya kekal.

(SKIM KEILATAN)

Skim Keilatan adalah skim yang memberi bantuan elaun keuzuran, pencen penakat, elaun layanan sentiasa, kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional dan faedah pengurusan mayat.

Dalam bajet 2022 yang dikemukakan pada 29 Oktober lalu, kerajaan memperuntukkan 80 juta ringgit melalui Program Kasih Suri Keluarga Malaysia bagi menyediakan jaminan sosial kepada suri rumah di bawah umur 55 tahun.Selain itu, kerajaan juga menaikkan kadar minimum Pencen Penakat yang dibayar kepada ahli keluarga yang layak melalui Perkeso daripada RM475 sebulan kepada RM550 sebulan, yang dijangka memberi manfaat kepada seramai 56,000 keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PANDUAN CHECK PEMILIK KENDERAAN SECARA ONLINE: SEMAK OWNER KERETA

PANDUAN CHECK PEMILIK KENDERAAN SECARA ONLINE: SEMAK OWNER KERETA

CARA MOHON BANTUAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI RM60000

CARA MOHON BANTUAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI RM60000