in

CARA MOHON SUBSIDI KERUSI KESELAMATAN :BANTUAN BAGET 2022

CARA MOHON SUBSIDI KERUSI KESELAMATAN :BANTUAN BAGET 2022

CARA MOHON SUBSIDI KERUSI KESELAMATAN :BANTUAN BAGET 2022

Menurut statistik pada 2019, 19% daripada kemalangan jalan raya melibatkan kanak-kanak, di mana 1,276 melibatkan kematian. Atas sebab ini, bajet 2022 melihat perhatian kerajaan terhadap keselamatan jalan raya untuk kanak-kanak.

BACA JUGA: I-SAYANG AKAN DILANCARKAN OLEH KWSP PADA TAHUN 2022

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

CARA MOHON SUBSIDI KERUSI KESELAMATAN :BANTUAN BAGET 2022

[SIAPA YANG BOLEH MEMOHON SUBSIDI KERUSI KESELAMATAN?]

keluarga yang tergolong dalam kategori B40

Kerajaan menyediakan subsidi 50% atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak untuk keluarga B40. Sebanyak 30 juta ringgit disediakan untuk ini, yang akan memanfaatkan 188,000 keluarga B40. Keselamatan kanak-kanak amat penting terutama di jalan raya ke destinasi, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

NOTA: Cara untuk memohon Subsidi Kerusi Keselamatan mengikut bantuan yang akan diberikan oleh pihak kerajaan mengikut bajet 2022, masih belum diberitahu secara umum. Oleh yang sedemikian, pihak kami akan mengemaskini butiran lanjut mengenainya pada masa yang akan datang iaitu pada tahun 2022.

[GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MENGIKUT JENIS KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK]

Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Posisi Menghadap Belakang

  1. Kerusi Keselamatan Kanak-kanak kumpulan 0/0+ hendaklah diletak dan dipasangkan menghadap ke arah belakang.
  2. Kerusi Keselamatan Kanak-kanak menghadap ke belakang tidak boleh diletakkan di kerusi penumpang hadapan yang mempunyai beg udara yang aktif*. *Beg udara yang aktif adalah beg udara yang tidak boleh dimatikan fungsinya menggunakan suis.
  3. Kerusi Keselamatan Kanak-kanak boleh diletakkan di kerusi penumpang hadapan JIKA kenderaan tersebut tidak mempunyai beg udara ATAU beg udara penumpang hadapan boleh dimatikan fungsinya.
  4. Mestilah menggunakan 3 atau 5 poin harness bagi kumpulan 0/0+ mengikut jenis kerusi keselamatan

[GARIS PANDUAN PEMASANGAN KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK MENGIKUT BARISAN TEMPAT DUDUK KENDERAAN]

Garis panduan ini adalah untuk menerangkan penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak pada kenderaan penumpang yang mempunyai 3 barisan tempat duduk. Tempat yang paling sesuai untuk memasang Kerusi Keselamatan Kanak-kanak adalah di kerusi penumpang belakang selari dengan kerusi penumpang hadapan.

Barisan pertama – Kerusi Keselamatan Kanak-kanak menghadap belakang

Secara umumnya tidak dibenarkan meletak Kerusi Keselamatan Kanak-kanak menghadap belakang KECUALI dengan kondisi berikut :
a. Kenderaan yang tiada beg udara penumpang hadapan.
b. Kenderaan yang mempunyai fungsi mematikan beg udara samada secara manual atau automatik (Rujuk manual kenderaan).
Kerusi Keselamatan Kanak-kanak menghadap hadapan dibenarkan untuk diletakkan pada kerusi penumpang hadapan. Disyorkan agar kerusi penumpang hadapan tersebut dilaraskan ke posisi paling belakang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

I-SAYANG AKAN DILANCARKAN OLEH KWSP PADA TAHUN 2022

I-SAYANG AKAN DILANCARKAN OLEH KWSP PADA TAHUN 2022