in ,

CARA NAK BUKA AKAUN ASB ONLINE (CARA DAFTAR MYASNB )

CARA NAK BUKA AKAUN ASB ONLINE (CARA DAFTAR MYASNB )

CARA NAK BUKA AKAUN ASB ONLINE (CARA DAFTAR MYASNB )

Tabung unit amanah merupakan satu skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada orang ramai ke dalam tabung khas yang diuruskan oleh pengurus pelaburan profesional. Unit amanah ditubuhkan melalui satu surat ikatan yang telah dimeterai. Ia adalah satu perjanjian di antara pemegang amanah, pengurus dan pemegang unit. Surat Ikatan yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti menerangkan hak-hak, tanggungjawab dan liabiliti pemegang amanah dan pengurus.

Tabung unit amanah akan melabur dalam ekuiti, sekuriti berpendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan di bawah Garis panduan Tabung Unit Amanah. Pengurus tabung perlu mematuhi keperluan Surat Ikatan, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, Garis Panduan Tabung Unit Amanah dan undang-undang serta peraturan lain yang berkenaan. Juru audit bebas dilantik untuk menyediakan laporan akaun unit amanah setiap tahun.

BACA JUGA: CARA DAPATKAN PASSWORD UNIFI (LUPA PASSWORD WIFI RUMAH)

CARA NAK BUKA AKAUN ASB ONLINE (CARA DAFTAR MYASNB )

  1. muat turun aplikasi myAsnb 
  2. buka aplikasi myAsnb
  3. klik daftar
  4. pilih jenis ID, masukkan ID dan nombor telefon anda
  5. tik pada kotak dan baca terma dan syarat
  6. tekan teruskan
  7. anda akan menerima kata laluan sekali guna OTP yang diterima melalui SMS, masukkan kata laluan sekali guna OTP
  8. jika anda pengguna semasa myAsnb anda diperlukan untuk mengesahkan nombor telefon anda
  9. Selesai mendaftar masukkan butiran berkaitan iaitu nombor kad pengenalan IC, pilih panggilan, nama penuh, jantina, bangsa, agama, tarikh lahir, alamat, negara, dan lain-lain
  10. tekan seterusnya
  11. klik yes
  12. lengkapkan akuan yang berkaitan
  13. klik teruskan
  14. masukkan butiran pekerjaan anda
  15. tik pada kotak
  16. tekan hantar
  17. di bahagian pengesahan identiti, ambil gambar kad pengenalan depan dan belakang anda menggunakan kamera yang disediakan
  18. klik teruskan
  19. kemudian, anda diminta untuk membuat pengesahan swafoto muka anda. Anda diperlukan untuk menggerakkan kepala dan bercakap dalam dua video yang berbeza
  20. setelah selesai mengenalpasti diri anda, tekan hantar
  21. sila masukkan nama pengguna, kata laluan dan lengkapkan butiran keselamatan
  22. tekan teruskan 
  23. selesai

RUJUKAN

sila pergi ke laman web rasmi myAsnb = (https://www.asnb.com.my/asnbv2_6contact.php)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA DAPATKAN PASSWORD UNIFI (LUPA PASSWORD WIFI RUMAH)

CARA KELUARKAN DUIT ASB SECARA ONLINE (MYASNB PENGELUARAN ONLINE)

CARA KELUARKAN DUIT ASB SECARA ONLINE (MYASNB PENGELUARAN ONLINE)