in

CARA PENGELUARAN KHAS KWSP 2022 : PERMOHONAN/TARIKH BAYARAN/SEMAKAN

i-ceria kwsp

CARA PENGELUARAN KHAS KWSP 2022 : PERMOHONAN/TARIKH BAYARAN/SEMAKAN

KENYATAAN MEDIA PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000 2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia.

  1. Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.
  2. Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.
  3. Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.
  4. Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.
  5. Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.
  6. Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
  7. Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
  8. Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.

Baca Juga Disini :

  1. i-Ceria KWSP 2022 : PENGELUARAN TERAKHIR DUIT KWSP ONE OFF
  2. KWSP WITHDRAWAL : 17 JENIS PENGELUARAN YANG DISEDIAKAN
  3. CARA REGISTER I-AKAUN KWSP ONLINE TANPA KE KAUNTER
  4. I-SAYANG AKAN DILANCARKAN OLEH KWSP PADA TAHUN 2022

SYARAT PENGELUARAN KHAS KWSP 10K 2022

Apakah syarat pengeluaran khas KWSP 2022 10K?
Tuan/Puan boleh rujuk di artikel ini.

  • Terbuka kepada ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.
  • Ahli atau Pencarum KWSP/EPF.

JUMLAH

Berapakah jumlah pengeluaran khas KWSP?

Amaun pengeluaran minimum adalah RM50. Lihat artikel ini untuk lebih lanjut.

  • Amaun pengeluaran minimum sebanyak RM50 sehingga RM10,000.
  • Tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan diakses.

TARIKH PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP

Bilakah tarikh permohonan pengeluaran khas KWSP RM10K di buka?

April 2022.

Para Pencarum/Ahli KWSP boleh buat Permohonan bermula pada 1 April-30 April 2022 secara online.

PEMBAYARAN

Bilakah tarikh pembayaran pengeluaran khas KWSP ini?
Pembayaran akan dibuat bermula 20 April 2022.

PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP GOV MY

Bagaimanakah cara buat permohonan pengeluaran khas KWSP 10K ini?
Tuan/Puan boleh membuat pendaftaran melalui online. Rujuk di artikel ini untuk panduan lengkap.

Untuk makluman anda, permohonan pengeluaran Khas KWSP RM10,000 masih belum dibuka dan pihak kami akan hebahkan kepada anda info dan maklumat awal tentang pembukaan permohonan ini di Channel Rasmi Info Kerajaan Malaysia di sini : https://t.me/infokeluargamalaysiainfo. Untuk info Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 sila join channel telegram tersebut.

CARA MEMOHON PENGELUARAN KHAS KWSP

CARA MEMOHON PENGELUARAN KHAS KWSP GOV MY 10K 2022 PORTAL RASMI ONLINE. PENDAFTARAN/REGISTER BARU DAN SEMAKAN/CHECK STATUS SERTA TARIKH BAYARAN.

  1. Sila klik Link Rasmi Pengeluaran Khas KWSP di sini : https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  2. Klik Mohon Sekarang
  3. Isi no IC dan No telefon Anda
  4. Klik Teruskan dan masukkan no OTP atau soalan keselamatan
  5. Letak Amaun Pilihan Pengeluaran anda
  6. Skrin akan paparkan jumlah maksimum yang anda boleh keluarkan.
  7. Taip Amaun Pilihan Pengeluaran
  8. Klik Teruskan
  9. Isi lengkap Maklumat Pemohon,Maklumat Pembayaran dan Kaji Selidik,tekan Teruskan.
  10. Tekan Hantar
  11. Selesai

SEMAKAN PENGELUARAN KHAS KWSP GOV MY

Bagaimanakah cara membuat semakan status pengeluaran khas KWSP 2022?
Lihat di artikel ini.

Untuk pengetahuan anda, masih belum di buka lagi. Pihak kami akan kemaskini apabila dibuka. Pastikan anda join channel telegram di atas untuk makluman awal semakan atau check status.

HOTLINE PENGELUARAN KHAS KWSP

Sebarang soalan dan masalah anda boleh terus hubungi pihak yang berwajib di bawah ini.

Telefon : 03 – 8922 6000

Hotline Pengeluaran KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CHECK MYBKM :SEMAKAN STATUS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 ONLINE

CHECK MYBKM : SEMAKAN STATUS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 ONLINE

kwsp withdraw

KWSP WITHDRAWAL : 17 JENIS PENGELUARAN AKAUN 1 DAN AKAUN 2