in

CARA PERMOHONAN KAD PENGENALAN ONLINE

cara permohonan kad pengenalan

CARA PERMOHONAN KAD PENGENALAN ONLINE

Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan bertaraf Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.

  1. Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
  2. Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur
    2.1. Ibu atau Bapa; atau
    2.2. Penjaga (Penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
  3. Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
  4. Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan.
  5. Sekiranya penganjur adalah selain daripada kategori di atas perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.

Untuk pengetahuan anda, laman web rasmi kerajaan dilindungi oleh sistem keselamatan khas bagi melindungi data peribadi anda daripada digodam oleh penggodam. Oleh itu, anda perlu menutup fungsi pop-up blocker dipelayar internet anda sebelum melakukan permohonan kad pengenalan online dilaman web rasmi kerajaan.

BACA JUGA: CARA MEMOHON RUMAH IKRAM KPKT RM124 SEWA BULANAN

PANDUAN PENGGUNA UNTUK MENUTUP FUNGSI POP-UP BLOCKER DI PELAYAR INTERNET

  • Di pelayar Google Chrome, sila tekan “menu button” di bahagian atas sebelah kanan skrin anda.
  • pilih setting pada pilihan menu tersebut.

cara permohonan kad pengenalan

cara permohonan kad pengenalan

  • Sila tekan di bahagian tepi sebelah kiri dan pilih Privacy and security.
  • Sila pilih Site settings.

cara permohonan kad pengenalan

  • Sila pilih Pop-ups and redirects.

cara permohonan kad pengenalan

  • Sila tekan butan Add

add

CARA PERMOHONAN KAD PENGENALAN SECARA ONLINE

  • Setelah anda menyelesaikan penutupan fungsi pop-up blocker dipelayar internet anda, anda boleh pergi ke laman web rasmi kerajaan (https://web12tahun.jpn.gov.my/)
  • Sila tekan butang log masuk

log in

  • Sila tekan butang Password

password

  • Sila isi pada ruangan tersebut Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Passport atau Email.
  • Kemudian tekan butang next.

isi

  • Sila isi kata kekunci yang telah didaftarkan pada ruangan tersebut.
  • Kemudian tekan butang login.
  • Sila tick ‘Saya Setuju’ setelah baca dengan teliti Terma Dan Syarat Permohonan Kad Pengenalan Kanak-Kanak 12 Tahun.
  • Kemudian tekan butang Setuju.

setuju

  • Sila tekan butang HANTAR.
    Penting : Pastikan ruangan bertanda * tersebut diisi dahulu sebelum tekan butang HANTAR.

hantar

  • Sila tekan butang OK
  • Sila cetak document anda
  • dan bawa salinan tersebut ke kaunter JPN untuk membuat permohonan

Sebarang pertanyaan sila layari laman sesawang berikut (https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-kakitangan/bahagian-kp)

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

cara mohon rumah

CARA MEMOHON RUMAH IKRAM KPKT RM124 SEWA BULANAN

cara check nombor perkeso

CARA CHECK NOMBOR PERKESO SOCSO