in ,

CARA REFUND SHOPEE BARANG ROSAK : CARA REFUND BARANG SHOPEE J&T

CARA REFUND SHOPEE BARANG ROSAK

CARA REFUND SHOPEE BARANG ROSAK : CARA REFUND BARANG SHOPEE J&T

Jika anda menerima barang yang rosak daripada seller Shopee dan anda ingin membuat return dan refund daripada barang tersebut daripada seller. Jadi ikuti langkah ini bagi proses tersebut.

Ikuti langkah berikut untuk anda pulangkan semula barang yang anda beli kepada seller jika ianya rosak dan memang boleh buat refund. Sebagai contoh, jika barang tersebut rosak, tidak menepati spefikasi barang,dapat warna yang bukan seperti kita pilih ketika buat pembelian dan sebagainya.

Return dan refund ini juga sebenarnya anda boleh buat secara percuma tanpa anda mengeluarkan kos penghantaran pun walaupun anda yang post barang itu semula. Sebelum itu pastikan anda buat return barang kepada seller Shopee tersebut sebelum anda klik butang “ORDER RECEIVED”. Barulah boleh dibuat secara PERCUMA.

Order Received ini biasanya dalam tempoh 3 hari sahaja. Jadi dalam masa ini, anda perlu semak barang yang anda peroleh itu adakah elok, sempurna dan boleh digunakan seperti diiklankan di kedai shopee mereka. Sebagai contoh, beg ini tidak sempurna, kerana tiada bahagian pengikat tali pada belakang beg. Sememangnya tidak boleh digunakan.

Anda juga boleh terus chat dahulu seller tersebut dan tanyakan berkaitan barang yang anda terima tersebut. Tapi dah kalau memang tak sempurna macam ni, untuk proses lebih cepat, anda request sahaja return and refund. Ini kerana duit yang anda bayar itu, pihak Shopee masih pegang dan seller tidak menerimanya lagi.

Selain itu anda boleh ikuti langkah ini dengan hanya menggunakan aplikasi Shopee sahaja. Lebih mudah dan cepat.

Ikuti langkah mudah ini bagaimana untuk anda return barang dan peroleh refund duit daripada seller di Shopee secara percuma.

Langkah 1 :

Buka aplikasi Shopee, pergi pada bahagian My Purchases dan cari barang yang anda ingin return dan refund tersebut. Kemudian klik pada butang Return/Refund

Langkah 2 :

Masukkan segala butiran keadaan barang anda tersebut seperti :

  • Reason – diberi beberapa pilihan untuk anda pilih berdasarkan keadaan barang anda tersebut. seperti received incomplete product, wrong product, physical damage atau faulty product
  • Gambar – masukkan keadaan gambar produk anda item anda tersebut. Pastikan nampak pada bahagian yang rosak.
  • Description – bagi penerangan tentang kerosakan barang anda tersebut secara terperinci
  • Solution – anda boleh pilih refund/return and refund.
  • Refund Amount – jumlah yang anda nak refund
  • Untuk solution, pemilihan anda tersebut tidak semestinya diterima oleh seller. Jadi anda pilih je mana-mana.
  • Masukkan jumlah maksimum jumlah refund ya Jika sudah selesai, klik butang ‘Submit’

Langkah 3 :

Kesemua langkah ini, ianya hanyalah proposal sahaja kepada seller tersebut. Jadi anda perlu dapatkan kebenaran daripada mereka dahulu untuk approve. Jadi anda tunggu sahajalah respond daripada mereka.

Langkah 4 :

Dalam kes ini, anda hanya propose untuk refund only, tetapi mereka hanya terima Return dan Refund selepas sehari. Jadi anda kena pulang barang dan barulah dapat semula duit. Jadi anda perlu klik “Accept Proposal” dan klik “Confirm”.
Jadi anda perlu pulangkan barang tersebut kepada seller terlebih dahulu.

BACA JUGA DISINI :

SHOPEE EXPRESS TRACKING NUMBER : STANDARD DELIVERY TRACKING SHOPEE,SEMAK NO TRACKING DAN HARGA PENGHANTARAN

CARA RETURN BARANG SHOPEE GUNA J&T

Anda jangan terus pulang barang tersebut melalui poslaju, ikuti langkah ini dan barulah anda boleh dapatkan kos secara percuma. Kalau anda terus return sendiri, anda kena bayar kos courier.

Langkah 1 :

Pada bahagian return pending, anda klik pada ‘Select Courier’. Tik pada courier yang percuma. Jika ada Poslaju, tik. Jika ada J&T atau DHL, tik sahaja. Jika sudah klik “Confirm”

*Jika courier percuma tiada di tempat anda, terpaksalah anda guna courier lain dan anda perlu tanggung kos penghantaran tersebut. Biasanya ada kan.

Langkah 2 :

Selepas itu Tracking Number akan diberi bersama-sama AWB (Air-way Bill). Anda boleh terus download atau boleh hantar AWB tersebut ke email dan barulah download.

Jadi AWB inilah, yang anda perlu PRINT dan lekatkan pada bungkusan barang return anda tersebut.

Langkah 3 :

Bungkus barang dengan baik dan kepilkan sekali dengan AWB yang telah di print.

Langkah 4 :

Anda perlu tunggu barang tersebut sampai ke seller terlebih dahulu. Anda boleh trace melalui Return/Refund details untuk pastikan barang sudah delivered atau belum.

Jika sudah delivered dan seller berpuas hati, mereka akan terima Refund anda tersebut. Kesemua ini dibuat dalam jangka masa yang ditetapkan. Ikut sahaja langkah ini.Jika sudah terima, anda akan menerima Refund beberapa minit selepas itu dan duit akan dimasukkan ke Shopeepay anda. Anda boleh semak dari semasa ke semasa. Selesai proses Return dan Refund.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

UNEXPLORED PLACES IN MALAYSIA

UNEXPLORED PLACES IN MALAYSIA : UNIQUE PLACES TO VISIT IN MALAYSIA

PINJAMAN KERETA GAJI BAWAH RM2000

PINJAMAN KERETA GAJI BAWAH RM2000 : LANGKAH UNTUK LULUS PINJAMAN