in ,

CARA SEMAK BAKI AKAUN KWSP ONLINE

CARA SEMAK BAKI AKAUN KWSP ONLINE

CARA SEMAK BAKI AKAUN KWSP ONLINE

kalau anda tengok slip gaji dan duit gaji setiap bulan yang dikreditkan ke akaun anda, pasti ada pemotongan yang dilakukan untuk caruman KWSP. Tapi macam mana anda ingin pastikan bahawa duit anda yang dipotong itu benar dicarumkan ke akaun anda atau tidak? Adakah 13% caruman oleh pihak majikan juga diterima oleh anda setiap bulan? Di sini kami ingin kongsikan cara semak baki KWSP secara online yang sangat mudah dan hanya di hujung jari anda.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lebih dikenali sebagai KWSP merupakan wang persaraan anda yang boleh dikeluarkan apabila mencecah tempoh matang. Semakan ini terdahulunya perlu dilakukan di cawangan KWSP terdekat anda. Akan tetapi, pada zaman serba canggih ini, semakan juga boleh dilakukan secara online. pastikan anda mendaftar terlebih dahulu akaun i-Akaun untuk semak baki KWSP secara online.

BACA JUGA: CARA SEMAK DAN DAPATKAN NOMBOR BAUCAR BPR (PEMBAYARAN TUNAI DI BSN)

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

CARA SEMAK BAKI AKAUN KWSP ONLINE

  1. pergi ke laman web rasmi KWSP = (https://www.kwsp.gov.my/ms/home) atau anda boleh muat turun sahaja aplikasi i-Akaun di google play store
  2. log masuk mengikut jenis akaun anda samada anda i-Akaun(ahli), i-Akaun(majikan) dan i-Akaun (rakan niaga)
  3. setelah itu, jumlah baki KWSP anda akan tertera di halaman utama.
  4.  tekan pada View Transaction History untuk semak transaksi caruman ke akaun anda.
  5. klik pada Caruman – IWS untuk mendapatkan detail transaksi

Sekiranya anda rasa seperti tidak perlu mendaftar i-Akaun, kami mohon untuk anda pertimbangkan semula. Banyak kelebihan yang ditawarkan oleh i-Akaun selain daripada semak baki KWSP. Antara kemudahan lain yang tersedia ialah:

  • memohon e-pengeluaran
  • menyemak penyata KWSP untuk tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • menyemak status permohonan pengeluaran
  • menyemak sejarah pengeluaran
  • mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  • mengemaskini profil seperti pertukaran alamat surat-menyurat
  • menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • menyemak log aktiviti akaun KWSP

sekiranya proses pendaftaran dan semakan anda tidak berjaya, pihak KWSP sedia membantu anda, anda boleh menghubungi pihak KWSP dengan bercakap dengan khidmat pelanggan KWSP di talian 03-8922 6000

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA DAFTAR SMART SELANGOR PARKING

CARA DAFTAR SMART SELANGOR PARKING : CARA MENGGUNAKAN SMART SELANGOR PARKING

CARA KELUARKAN DUIT ASB ONLINE

CARA KELUARKAN DUIT ASB ONLINE