CARA SEMAK CUKAI INDIVIDU/SYARIKAT (LOGIN LHDN)
berikut merupakan cara semak cukai yang dibayar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) oleh individu dan syarikat
BACA JUGA: CARA GUNA TEST KIT COVID AIR LIUR
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
CARA SEMAK CUKAI INDIVIDU/SYARIKAT (LOGIN LHDN)
Sila ke laman web rasmi e-Daftar untuk menyemak cukai = (https://edaftar.hasil.gov.my/semaknocukai/index.php)
[Berkenaan Rekod Bayaran]
Semakan rekod bayaran boleh dibuat secara dalam talian menerusi aplikasi e-Lejar.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan rekod bayaran secara terperinci boleh dibuat dengan menelefon Unit Pungutan di cawangan yang mengendalikan fail anda.
(Hubungi Hasil Care Line)
Sila nyatakan nama penuh, nombor rujukan cukai pendapatan dan nombor telefon apabila menghubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) melalui talian telefon.
Waktu perkhidmatan:
Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi – 4.00 petang
Talian Hasil Care Line adalah seperti dibawah;
- Hasil Care Line = 03-8911 1000
- Penggajian (Tiada Pendapatan Perniagaan) = 03-8911 1200
- Perniagaan (Bekerja Sendiri / Perkongsian) = 03-8911 1300
- e-Filing = 03-8911 1400
- Bantuan Khas Kerajaan / Bantuan Prihatin Rakyat = 1800-88-2747
Sekiranya tuan/puan mengalami masalah menghubungi Hasil Care Line, tuan/puan juga boleh menghubungi mana-mana Cawangan LHDNM terdekat untuk mendapatkan bantuan.
(Perkhidmatan e-Mel)
Untuk sebarang maklumbalas / pertanyaan / permohonan melalui emel, sila gunakan Borang Maklumbalas Pelanggan di portal rasmi LHDNM.
Sila klik di sini untuk ke Borang Maklumbalas Pelanggan
Perhatian : untuk kategori maklumbalas, sila pilih hanya satu kategori sahaja iaitu samada “Pertanyaan” atau Permohonan”.
[Memohon Rekod Kedudukan Cukai]
Sekiranya anda memerlukan penyata kedudukan cukai, anda boleh mencetak maklumat tersebut menerusi aplikasi e-Lejar atau anda boleh mendapatkan penyata tersebut dengan menelefon Unit Pungutan di cawangan yang mengendalikan fail anda atau menulis surat kepada unit yang sama di cawangan yang berkenaan.
[Memohon Notis Taksiran (Borang J)]
- Ketua Pengarah LHDNM dianggap telah membangkitkan taksiran berdasarkan pengiraan yang dikemukakan oleh pembayar cukai
- Borang Nyata Cukai pendapatan yang telah dilengkapkan dianggap sebagai Notis Taksiran
- Notis Taksiran dianggap dikeluarkan pada tarikh Borang Nyata Cukai Pendapatan tersebut dikemukakan.
Oleh itu, tiada Notis Taksiran (Borang J) dikeluarkan oleh LHDNM kepada pembayar cukai. Pembayar cukai dinasihatkan supaya membuat salinan Borang Nyata Cukai Pendapatan untuk tujuan rujukan sebelum mengemukakannya ke LHDNM.