CARA SEMAK SAMAN GUNA RILEK 2022
Dengan peningkatan dari segi kemajuan teknologi adalah selari dengan pembangunan sesebuah negara. Perkara ini dapat dilihat dimana segala perkara boleh dilakukan dengan pantas dan hanya dihujung jari sahaja. Hal ini, telah memudahkan masyarakat terutamanya rakyat Malaysia membuat dan menyelesaikan segala jenis urusan dengan mudah. Termasuklah urusan kita untuk menyemak saman tanpa perlu membazir masa pergi dan beratur menunggu giliran di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), semata-mata untuk membuat 1 perkara iaitu menyemak saman jalan raya yang tertunggak atau telah dibayar. Kini, segalanya mudah dengan hanya membuat semakan secara online di laman web Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan (RILEK).
[CARA MEMBUAT PENDAFTARAN AKAUN RILEK]
- Sila layari laman web rasmi Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan (RILEK) = (https://www.rilek.com.my/register)


- kemudian, Sila isi ruangan Email dengan memasukkan email anda yang aktif
- Seterusnya, isi ruangan First Name dengan nama pertama anda
- kemudian, isi ruangan Last Name dengan nama terakhir anda
- Seterusnya, di ruangan nombor telefon, pilih 3 digit nombor pertama dari nombor telefon anda dan selebihnya masukkan nombor telefon anda
- Kemudian, dibahagian ID No. sila masukkan nombor kad pengenalan anda (anda juga boleh memilih samada anda ingin memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor passport atau nombor polis atau nombor tentera)
- Seterusnya, dibahagian Password, anda diminta untuk cipta satu kata laluan dan masukkan kata laluan tersebut (dengan syarat, kata laluan anda haruslah sekurang-kurangnya 8 perkataan, mempunyai sekurang-kurangnya 1 apa-apa jenis simbol contoh: (@!%$#), dan mengandungi apa-apa jenis nombor)
- Kemudian, dibahagian Confirm Password, masukkan semula Kata Laluan anda
- Seterusnya, Sila tik pada kotak pengakuan I’m Not A Robot
- Kemudian, klik pada butang Register dan butang Done pada pop up page
- Seterusnya, anda akan menerima email daripada RILEK kepada anda untuk Account Activation / Pengaktifan Akaun. Sila buka email RILEK anda dan anda perlu copy Activation Code dalam email tersebut dan klik pada link yang diberi untuk pengaktifan akaun anda
- Akhirnya, anda boleh log masuk ke akaun RILEK anda
BACA JUGA: BORANG EHEALTH SARAWAK :CARA ISI ONLINE PENGISYTIHARAN KESIHATAN (EHDF) UNTUK MASUK KE SARAWAK
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
CARA SEMAK SAMAN GUNA RILEK 2022
- Sila Log Masuk di laman web Rasmi Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan (RILEK) = (https://www.rilek.com.my/)
- skroll ke bawah dan anda akan dapati ada bahagian PDRM
- kemudian pilih Nombor Kad Pengenalan dan masukkan nombor kad pengenalan anda
- dan klik pada butang cek saman
- info saman anda akan dipaparkan