in ,

CARA TEMPAH PAKEJ CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM DAN PESARA

CARA TEMPAH PAKEJ CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM DAN PESARA

CARA TEMPAH PAKEJ CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM DAN PESARA

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya Tourism Malaysia, melancarkan Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan melibatkan produk-produk pelancongan di seluruh negara, dalam usaha meningkatkan pelancongan domestik.
Inisiatif Pakej Cuti Penjawat dan Pesara Kerajaan ini, diharap dapat menyemarakkan kembali pelancongan domestik, sekali gus membantu pemulihan industri pelancongan negara yang terkesan ekoran pandemik COVID-19.Keluarga Malaysia dalam kalangan para penjawat awam dan pesara kerajaan juga dapat menikmati tawaran diskaun bagi harga tempahan hotel, tiket masuk tempat percutian, pakej penginapan dan diskaun aktiviti menarik sehingga 30 peratus.
Sehingga kini sebanyak 457 pakej telah dibangunkan, melibatkan produk-produk pelancongan dari seluruh Malaysia dengan tawaran harga pakej serendah RM120 seorang. Tempoh sah pakej adalah sehingga 30 Jun tahun depan (30 JUN 2022).

BACA JUGA: CARA REGISTER DAN BAYARAN ZAKAT ONLINE SELANGOR GUNA EZAKATPAY

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

CARA TEMPAH PAKEJ CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM DAN PESARA

  • untuk memilih pakej yang anda kehendaki, anda boleh bermula dengan memilih negeri tempat pelancongan anda di bahagian State. di bahagian tersebut, anda perlu pilih negeri yang anda ingin lawati contohnya negeri Kelantan

  • atau, cara yang lebih mudah untuk anda memilih negeri tempat pelancongan anda adalah dengan menaip nama negeri dibahagian search dan klik butang search

  • Kemudian, anda boleh pilih kategori tempat pilihan anda iaitu, suasana bandar (City Life), teroka budaya (cultural), aktiviti luar (outdoors), wet & wild dan lain-lain (others). pilihan kategori ini terpulang kepada anda ingin pilih atau anda boleh membiarkannya tidak bertanda

cara tempah pakej cuti

  • kemudian, anda boleh memilih pakej yang dipaparkan bersama harga mengikut pilihan anda iaitu samada anda ingin memilih mengikut aktiviti yang disediakan, atau tempat menarik atau mengikut harga yang ditawarkan

cara tempah pakej cuti malaysia penjawat awam dan pesara

  • anda juga, boleh klik pada tempat pelancongan yang anda ingin pergi untuk melihat informasi yang lebih jelas tentang tempat tersebut

cara tempah pakej cuti malaysia penjawat awam dan pesara

  • pastikan, pakej yang dipilih mempunyai tag #pakejcutipenjawatawam

cara tempah pakej cuti malaysia penjawat awam dan pesara

  • kemudian, anda boleh menghubungi pihak pengurusan hotel di tempat pelancongan pilihan anda untuk menempah pakej cuti penjawat awam dan meneruskan kaedah-kaedah seterusnya yang anda perlu lakukan iaitu proses pambayaran dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CARA BUAT WHATSAPP BUSINESS UNTUK PENIAGA ONLINE MALAYSIA