in , , ,

CARA UPDATE NO TELEFON KWSP : TUKAR SECARA ONLINE

CARA UPDATE NO TELEFON KWSP

CARA UPDATE NO TELEFON KWSP : TUKAR SECARA ONLINE

Kemaskini nombor telefon dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah penting atas beberapa sebab utama.

KENAPA PERLU TUKAR NO HP KWSP?

Anda perlu menukar no HP KWSP untuk menerima TAC atas beberapa perkara berikut :

  • TAC perlu untuk transaksi tertentu sebagai keselamatan tambahan
  • TAC juga berfungsi untuk melindungi daripada akses tidak dibenarkan ke akaun anda
  • Anda perlu mendaftar nombor telefon anda sahaja untuk tujuan TAC
  • Jangan sesekali mendaftar nombor telefon orang lain.
  • Anda perlu TAC dari KWSP untuk urusan i-Akaun KWSP
  • Anda hanya dibenarkan mendaftar satu nombor telefon bimbit bagi setiap pendaftaran.

BACA JUGA DISINI : CARA PINDAH AKAUN 2 KE AKAUN 3 KWSP 2024 : MOHON ONLINE

CARA TUKAR NO TELEFON KWSP

Berikut adalah cara update no telefon KWSP.Ya, anda boleh menukar nombor telefon KWSP secara online. Namun, anda disarankan untuk install aplikasi berikut bagi memudahkan urusan muat turun :

  • GMAIL – digunakan untuk menghantar borang permohonan beserta dokomen yang diperlukan KWSP
  • GOOGLE DRIVE – untuk menyimpan dokumen yang anda perlukan semasa update mobile phone number
  • ADOBE ACROBAT – Bagi memudahkan anda untuk mengisi borang permohonan secara online

Jika sudah lengkap, berikut adalah cara untuk kemaskini nombor telefon KWSP online :

  1. Pertama, isikan borang i-Akaun KWSP
  2. Sila klik untuk dapatkan borang i-Akaun KWSP
  3. Isikan borang tersebut dengan aplikasi ADOBE ACROBAT. Lengkapkan maklumat seperti yang diminta.
  4. Save borang tersebut dengan format nama seperti berikut : iakaundaftar_Borang_<NAMA ANDA SENDIRI>
  5. Sediakan Salinan MyKad (bahagian depan & belakang)
  6. Save salinan tersebut dengan format nama seperti berikut : iakaundaftar_MyKad_<NAMA ANDA SENDIRI>
  7. Kemudian, anda perlu mengambil gambar selfie dengan memegang MyKad untuk tujuan pengesahan dan bukti kepada KWSP. Pastikan gambar diambil jelas.
  8. Save gambar tersebut dengan format nama seperti berikut : iakaundaftar_Swafoto_<NAMA ANDA SENDIRI>
  9. Selepas itu, sediakan dokumen akaun penyata bank simpanan (bank statement)
  10. Save maklumat tersebut dengan format nama seperti berikut : iakaundaftar_Bank_<NAMA ANDA SENDIRI>
  11. Setelah selesai, masukkan atau upload dokumen ke aplikasi Google Drive anda agar selamat dan mudah di akses.
  12. Emelkan dokumen anda ke [email protected]
  13. Anda telah berjaya membuat kemaskini nombor telefon KWSP online.

TUKAR NO HP KWSP DI CAWANGAN TERDEKAT

Anda juga boleh menukar no hp KWSP di mana-mana cawangan KWSP terdekat. Berikut adalah cara dan senarai dokumen yang perlu anda bawa bersama :

  1. Hadirkan diri anda ke cawangan KWSP berhampiran.
  2. Isikan borang KWSP 3 (PINDAAN)
  3. Bersama borang tersebut, anda perlu sertakan dokumen :
    • Salinan MyKad / Kad Kuasa Polis / Tentera atau Surat Pengesahan Kad Pengenalan Awam
    • Salinan Sijil Kelahiran / Sijil Warganegara sekiranya tidak mempunyai MyKad
    • Salinan Pasport terkini yang masih sah tempoh laku dan pasport sebelum yang disahkan oleh majikan/pihak yang dibenarkan oleh KWSP (untuk Bukan Warganegara sahaja)
    • Surat sumpah – sekiranya perlu
    • Surat Pihak Berkuasa Agama bagi ahli beragama Islam atau surat daripada Pejabat Agama Islam yang diberi kuasa; atau surat Mahkamah Syariah (pindaan nama dan agama sahaja)
    • Pastikan borang permohonan diklipkan. Tidak dibenarkan mengunakan pengokot / stapler.
  4. Buat serahan kaunter.
  5. Nota : untuk pindaan ahli bukan warganegara, dokumen sokongan perlu disahkan oleh majikan/pihak yang dibenarkan KWSP

TUKAR NO HP KWSP MELALUI ATM/KIOSK

Berikut adalah cara untuk anda menukar no telefon KWSP di kiosk jika anda sudah buat daftar i-Akaun KWSP :

  1. Hadirkan diri anda ke KIOSK KWSP
  2. Masukkan MyKad bagi tujuan imbasan
  3. Buat pengecaman Cap Ibu Jari apabila lampu merah menyala
  4. Kemudian, sila pilih transaksi KEMASKINI NO HP BIMBIT UNTUK TAC
  5. Masukkan nombor HP terkini dan tekan KEMASKINI
  6. Anda selesai membuat kemaskini dan jangan lupa ambil MyKad anda.

MASALAH TIDAK BOLEH TUKAR NO TELEFON KWSP

Jangan bimbang, anda boleh selesaikannya dengan menghubungi talian hotline KWSP. Caranya begini :

  1. Hubungi pihak KWSP melalui talian 03-89226000 (8.00 pagi – 6.00 petang)
  2. Pilih nombor 3 untuk i-Akaun (Ahli)
  3. Bercakap dengan operator KWSP untuk beberapa langkah pengesahan bagi penukaran nombor telefon anda bagi tujuan penghantaran nombor TAC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TARIKH BAYARAN STR FASA 3

TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2024: SEMAK ONLINE

CARA CHECK BAKI KWSP

CARA CHECK BAKI KWSP 2024 : SEMAK MELALUI i-AKAUN ATAU TANPA i-AKAUN